Tabaqat Fuhul al-Shuara’ sebagai sumber terawal kritikan terhadap kesusasteraan Arab

Mat Nor Abdullah, (2000) Tabaqat Fuhul al-Shuara’ sebagai sumber terawal kritikan terhadap kesusasteraan Arab. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 21 . ISSN 0216-5636

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/~ijis/index.html

Abstract

Ibn Sallam al-Jumahi adalah seorang sarjana terkemuka di Basrah. Beliau dilahirkan di Basrah pada 139 Hijrah dan meninggal dunia di Baghdad pada (231 H/232H). Ahli sejarah telah memetik beliau sebagai seorang perawi kesusasteraan ulung, yang sangat terkenal dalam bidang puisidan sejarah. Beliau juga adalah seorang pakar bahasa Arab dan tersenarai di tempat kelima di kalangan ulama’ Basrah. Selain itu, Ibn Sallam adalah penulis buku Tabaqat Fuhul al-Shu’ara’, satu-satunya penulisan terawal mengenai kritikan terhadap kesusasteraan klasik Arab. Di dalam buku tersebut, beliau telah mendedahkan isu dan kritikan tentang kesusasteran klasik dan semasa. Isu mengenai kategori sasterawan dan plagiarisme telah menjadi suatu perdebatan hangat di kalangan serjana pada masa lalu dan hari ini. Karya Ibn Sallam sentiasa menjadi suatu sumber rujukan kepada pelajar kesusasteraan pada setiap masa

Item Type:Article
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:2139
Deposited By: Ms. Nor Ilya Othman
Deposited On:30 Jun 2011 03:08
Last Modified:15 Aug 2011 08:13

Repository Staff Only: item control page