Penguatkuasaan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat

Nooratika Aziz, and Muhammad Fauzi Uzir Abd Wahab, and Mohd Ridzuan Yusof Hakim, and Mohamad Azhan Yahya, (2022) Penguatkuasaan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 31 . pp. 127-137. ISSN 1374-7729

[img]
Preview
PDF
284kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/index

Abstract

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah memperuntukan hukuman ke atas orang lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat. Namun, peruntukan undang-undang mensyaratkan tindakan hanya boleh diambil terhadap kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut telah menimbulkan isu permasalahan dari aspek penguatkuasaan dan pembuktian. Malah,, peruntukan undang-undang juga menghendaki kesalahan tersebut berlaku dalam kariah tempat tinggal pesalah merumitkan apabila ia berlaku diluar daripada kariah masjid pelaku kesalahan. Kajian ini menganalisis undang-undang substantif yang telah diperuntukkan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkenaan dengan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat serta permasalahannya dan mencadangkan penyelesaian untuk mengastasi isu-isu yang berlaku. Penulisan ini menggunakan kaedah kajian kaedah kualitatif melalui analisis dokumen terutamanya meninjau dari aspek perundangan dan prinsip syariah. Kaedah temu bual turut dijalankan ke atas pengamal undang-undang syariah. Hasil dapatan temu bual ini digunakan untuk menyokong dapatan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat elemen yang perlu dibuktikan dalam peruntukan berkenaan baligh atau mukallaf, tiga kali berturut-turut, masjid dalam kariah dan uzur syarie di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah adalah umum dan tidak jelas.Kajian mencadangkan agar elemen terbabit perlu diperincikan agar penguatkuasaan ke atas pesalah kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat ini dapat diperkemaskan serta diperkasakan lagi. Seterusnya, kajian turut mencadangkan agar prosedur operasi standard (SOP) turut perlu dibina berhubung dengan proses penyiasatan kesalahan ini agar dapat membantu pihak penguatkuasa agama menjalankan siasatan dengan baik dan menyokong pembuktian pihak pendakwaan di mahkamah kelak. Kajian ini penting dalam usaha memperkasakan lagi penyiasatan dan pendakwaan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat oleh pihak berkuasa.

Item Type:Article
Keywords:Kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat; Penyiasatan; Baligh; Kariah; Tiga kali berturut-turut
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:21401
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:27 Mar 2023 00:49
Last Modified:27 Mar 2023 00:49

Repository Staff Only: item control page