Kesedaran pengurusan sisa botol plastik di kalangan pelajar Kolej Vokasional di Malaysia

Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, and Haryanti Mohd Affandi, and Norazlinda Mohamad, (2022) Kesedaran pengurusan sisa botol plastik di kalangan pelajar Kolej Vokasional di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, 34 (SI5(2)). pp. 57-62. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
688kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-2-2022/

Abstract

Pengurusan sisa pepejal terutamanya sisa botol plastik semakin menjadi perhatian. Keculasan dalam mengurus sisa pepejal akan memberi impak negatif kepada kehidupan. Satu kajian bagi mengetahui kecaknaan para pelajar kolej vokasional dalam menangani isu lambakan sisa botol plastik telah dilakukan. Kajian dijalankan secara dalam talian dengan mengedarkan pautan video animasi berserta soalan terbuka kepada para pelajar kolej vokasional di Malaysia. Para pelajar memberi pandangan masing-masing untuk menyelesaikan isu lambakan sisa botol plastik tersebut. Seramai 197 pelajar kolej vokasinal telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil maklumbalas daripada para pelajar dianalasis secara kod bertema menggunakan perisian Atlas.ti versi 22. Berdasarkan hasil yang dijana daripada pautan yang diedarkan, terdapat dua kategori utama bagi kajian ini iaitu inisiatif untuk menyelesaikan isu lambakan sisa botol plastik dan kepentingan pengurusan sisa botol plastik dengan baik dan terancang. Bagi inisiatif penyelesaian masalah, pandangan para pelajar dikategorikan kepada tujuh kod iaitu guna semula, kesedaran, kitar semula, mengurangkan penggunaan, pelupusan, pengasingan sisa, dan penguatkuasaan. Selanjutnya, aspek penjagaan alam sekitar dan kesihatan pula merupakan dua kategori yang mewakili kepentingan pengurusan sisa botol plastik dengan baik. Secara keseluruhan, para pelajar kolej vokasional sedar dan cakna akan tindakan yang perlu diambil bagi menangani isu lambakan botol plastik yang berlaku hari ini. Para pelajar juga berupaya memberi cadangan penyelesaian yang bersesuaian dan selari dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan seperti kempen 3R, 5R serta pengasingan sisa di punca. Sebagai tambahan, para pelajar mampu mengaitkan kepentingan pengurusan sisa pepejal dalam usaha menjaga alam sekitar dan penjagaan kesihatan awam.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan sisa; Botol plastik; Kolej vokasional
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21417
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Apr 2023 06:36
Last Modified:05 Apr 2023 02:22

Repository Staff Only: item control page