Pembangunan prototaip sistem gelung tertutup pacuan motor segerak magnet kekal

Fardila Mohd Zaihidee, and Marizan Mubin, and Hang, Seng Chec and Tang, Jing Rui (2022) Pembangunan prototaip sistem gelung tertutup pacuan motor segerak magnet kekal. Jurnal Kejuruteraan, 34 (SI5(2)). pp. 79-90. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-5-2-2022/

Abstract

Motor segerak magnet kekal (PMSM) digunakan secara meluas untuk aplikasi kuasa rendah dan sederhana serta dalam pacuan berprestasi tinggi. Motor ini digemari berbanding motor berus and sedikit demi sedikit menggantikan motor induksi dalam pelbagai bidang aplikasi kerana kelebihannya. Ramai penyelidik mencadangkan kaedah-kaedah kawalan baru bagi sistem pacuan PMSM. Namun begitu, sistem PMSM tidak linear dan mengandungi parameter-parameter yang berubah mengikut masa. Atas faktor ini, penyelidik tidak boleh hanya bergantung kepada keputusan simulasi untuk membuktikan kelebihan kawalan yang dicadangkan. Untuk mengesahkan keputusan yang diperolehi melalui simulasi, pengesahan eksperimen diperlukan, di mana prototaip sistem gelung tertutup pacuan PMSM perlu dibangunkan. Artikel ini menerangkan pembangunan sistem pacuan PMSM dengan maklum balas arus, halaju dan kedudukan gelung tertutup menggunakan papan kawalan dSpace DS1104 bagi sebuah PMSM 1.93kW tiga fasa dakap dalaman yang digunakan untuk pengesahan eksperimen bagi kawalan halaju kawalan mod gelongsor tertib pecahan yang dicadangkan. Dengan menggunakan prototaip ini, prestasi sebarang kaedah kawalan yang dicadangkan boleh disahkan dalam aplikasi sebenar. Prosedur perolehan yang bersesuaian bagi isyarat maklum balas seperti yang diterangkan dalam artikel ini adalah penting untuk memastikan ketepatan prestasi sistem gelung tertutup yang dibangunkan.

Item Type:Article
Keywords:Motor segerak magnet kekal; Prototaip; Kawalan gelung tertutup
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:21427
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Apr 2023 08:03
Last Modified:05 Apr 2023 02:27

Repository Staff Only: item control page