Hubungan antara firma audit pakar industri dan pendedahan urusniaga pihak berkaitan di kalangan syarikat tersenarai di Malaysia

Nur Hidayah Waad, and Hamezah Md Nor, and Mohd Mohid Rahmat, and Harlina Mohamed On, (2022) Hubungan antara firma audit pakar industri dan pendedahan urusniaga pihak berkaitan di kalangan syarikat tersenarai di Malaysia. Asian Journal of Accounting and Governance, 18 . pp. 97-109. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
396kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/ajac/issue/view/1555

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan antara firma audit pakar industri (FAPI) dan pendedahan urusniaga pihak berkaitan (UPB) yang mana bukti empirikal hubungan antara keduanya masih kurang. UPB merupakan uruniaga yang sukar diaudit dan oleh itu juruaudit yang mempunyai kepakaran industri diandaikan dapat mengesan dan meningkatkan pendedahan UPB. Sejumlah 646 buah syarikat tersenarai di Malaysia yang melibatkan sebanyak 3,230 pemerhatian dari tahun 2014 sehingga 2018 digunakan untuk menguji hipotesis kajian ini. FAPI diukur menggunakan nilai ambang penguasaan pasaran yang berbeza iaitu FAPI 10% dan FAPI 20% untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih mantap (robust). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk kutipan data UPB. Berdasarkan ujian regresi, hasil kajian mendapati hubungan antara FAPI dan UPB adalah bergantung pada nilai ambang FAPI. Secara khususnya kajian ini mendapati nilai ambang penguasaan pasaran yang lebih tinggi (FAPI 20%) berhubungan secara positif dengan pendedahan UPB. Hasil kajian ini dapat memberi bukti tambahan bahawa firma audit yang mempunyai kepakaran industri yang tinggi dapat memberikan perkhidmatan audit yang lebih berkualiti menerusi peningkatan pendedahan UPB berbanding firma audit bukan pakar. Badan pengamal dan pengawalselia perakaunan boleh mempertimbangakan ciri kepakaran industri dalam mengawal selia syarikat-syarikat yang terbabit dalam mana-mana kontrak yang melibatkan pihak-pihak berkaitan.

Item Type:Article
Keywords:Firma audit pakar; Kualiti audit; Nilai ambang; Pengkhususan industri; Urusniaga pihak berkaitan
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:21476
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:13 Apr 2023 07:49
Last Modified:17 Apr 2023 01:13

Repository Staff Only: item control page