Penerimaan gaya keibubapaan dalam kalangan remaja dan kesannya terhadap perkembangan kecerdasan emosi

Abdul Adib Asnawi, and Agnis Sombuling, and Lailawati Madlan @ Endalan, (2017) Penerimaan gaya keibubapaan dalam kalangan remaja dan kesannya terhadap perkembangan kecerdasan emosi. Jurnal Psikologi Malaysia, 31 (2). pp. 78-89. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
246kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/28

Abstract

Perkembangan kecerdasan emosi terbentuk hasil daripada pelbagai aspek dan salah satunya melalui sosial yang wujud dalam keluarga. Kajian ini bertujuan meneliti kesan penerimaan gaya keibubapaan terhadap perkembangan kecerdasan emosi remaja. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perbezaan perkembangan kecerdasan emosi mengikut tempat tinggal dan jantina. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik ke atas 255 orang pelajar sekolah menengah yang berusia 15 hingga 17 tahun. Satu set soal selidik digunakan dalam kajian ini yang terdiri daripada Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya keibubapaan dan The Assessing Emotions Scale (AES) untuk mengukur kecerdasan emosi dalam kalangan remaja. Data dianalisis dengan perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22 dengan menggunakan ujian regresi pelbagai dan ujian-t sampel bebas untuk mengkaji hipotesis yang telah dibina. Hasil keputusan menunjukkan penerimaan gaya keibubapaan autoritatif dan autoritarian secara signifikan memberi kesan terhadap perkembangan kecerdasan emosi remaja. Sebaliknya, gaya keibubapaan permisif pula tidak menyumbang kepada perkembangan kecerdasan emosi remaja. Selain itu, terdapat perbezaan perkembangan kecerdasan emosi mengikut tempat tinggal dan jantina. Implikasinya, pemilihan gaya keibubapaan yang bersesuaian amat penting kerana akan menyumbang kepada perkembangan kecerdasan emosi remaja dan seterusnya akan membentuk personaliti dan tingkah laku mereka.

Item Type:Article
Keywords:Penerimaan gaya keibubapaan; Kecerdasan emosi; Remaja; Pelajar sekolah menengah; Bandar; Luar bandar
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:21483
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:14 Apr 2023 04:00
Last Modified:18 Apr 2023 03:03

Repository Staff Only: item control page