“Bantulah kami untuk rasa selamat”: cabaran mahasiswa OKU di universiti awam

Nurul Izzah Mohd Khir, and Siti Marziah Zakaria, (2023) “Bantulah kami untuk rasa selamat”: cabaran mahasiswa OKU di universiti awam. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 20 (1). pp. 293-302. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
430kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Tidak dapat dinafikan, kehidupan individu OKU yang menggalas tanggungjawab sebagai pelajar mempunyai banyak cabaran berbanding dengan pelajar normal yang lain. Ramai pelajar OKU tidak meneruskan pendidikan di tahap yang lebih tinggi disebabkan faktor halangan persekitaran di mana kurang fasiliti yang kondusif untuk memudahkan pergerakan mereka dan sikap negatif yang ditunjukkan oleh orang sekeliling. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik temu bual mendalam ke atas tujuh (7) orang responden bagi meneroka cabaran mereka sebagai mahasiswa OKU dalam mencapai kesejahteraan di kampus. Temu bual dijalankan dengan menggunakan pendekatan fenomenologi bagi memahami pengalaman hidup responden. Responden yang ditemubual dipilih berdasarkan kriteria-kriteria khusus yang telah ditetapkan iaitu mahasiswa universiti awam, memiliki kurang upaya fizikal atau penglihatan, berumur 18-40 tahun dan merupakan pemegang aktif kad Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Data dirakam sebelum dipindahkan ke dalam bentuk teks secara verbatim. Data yang diperolehi semasa proses temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga (3) tema utama cabaran mahasiswa OKU dalam mencapai kesejahteraan iaitu: persekitaran tidak mesra OKU, masalah kesihatan dan kurang sokongan sosial. Tema ini telah disahkan secara semakan pakar (peer review) dalam bidang kualitatif. Cabaran-cabaran ini telah menjadi penghalang bagi mereka untuk mencapai kesejahteraan semasa berada di alam kampus. Mahasiswa OKU mengakui mempunyai pelbagai keterbatasan namun mereka berjuang untuk menyempurnakan pengajian mereka sebaik mungkin. Pihak pengurusan dan pentadbir perlu lebih prihatin kepada isu-isu yang dihadapi oleh mahasiswa OKU dan memastikan Dasar Inklusif OKU dipraktiskan di semua peringkat.

Item Type:Article
Keywords:Mahasiswa; OKU; Cabaran; Kesejahteraan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21494
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:11
Last Modified:05 May 2023 02:00

Repository Staff Only: item control page