Hubungan antara efikasi diri dan situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah

Fauziah Ibrahim, and Nazirah Hassan, and Ezarina Zakaria, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Nurulatiqah Yunos, (2023) Hubungan antara efikasi diri dan situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 242-248. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
432kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Efikasi diri merupakan aspek penting dalam menentukan keyakinan dan kemampuan diri seseorang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mencegah diri daripada terlibat semula dengan dadah. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk (1) mengenalpasti tahap efikasi diri dalam kalangan banduan dadah dan (2) mengenalpasti hubungan antara efikasi diri dengan situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah. Kajian dijalankan secara tinjauan keratan-lintang dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif. Seramai 407 orang banduan yang terlibat dengan kes dadah dan sedang menjalani tahanan dan pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis dengan mengunakan ujian deskriptif dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati majoriti banduan yang sedang menjalani pemulihan dan tahanan di Penjara Malaysia menunjukkan efikasi diri pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson pula mendapati efikasi diri mempunyai hubungan yang signifikan dengan situasi berisiko tinggi relaps. Hasil kajian memberi implikasi kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam menambahbaik program-program rawatan dan pemulihan yang melibatkan aspek efikasi diri dalam kalangan banduan.

Item Type:Article
Keywords:Efikasi diri; Banduan; Relaps; Dadah; Penjara
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21495
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:12
Last Modified:05 May 2023 01:47

Repository Staff Only: item control page