Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan perkahwinan sewaktu pandemik Covid-19 di Malaysia

Nurul Izzati Azhar, and Suzana Mohd Hoesni, (2023) Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan perkahwinan sewaktu pandemik Covid-19 di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 392-399. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
416kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kecerdasan emosi merupakan salah satu elemen psikologi yang penting dan mendapat perhatian dalam kalangan ahli psikologi yang mengkaji tentang perhubungan dalam perkahwinan. Maka, kajian ini bertujuan untuk menyelidik hubungan di antara kecerdasan emosi dengan kepuasan perkahwinan dalam kalangan individu yang berkahwin dan tinggal di Malaysia sewaktu pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian penerokaan dan pensampelan mudah dengan menggunakan soal selidik dalam talian melalui platform media sosial. Soal selidik terdiri daripada soalan yang berkaitan kecerdasan emosi dengan menggunakan Schutte Self-Report Emotional Intelligence Test (SSEIT) dan kepuasan perkahwinan dengan menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale (KMSS), yang telah diadaptasi untuk kegunaan dalam konteks budaya Malaysia. Secara keseluruhannya, hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif dan lemah di antara kecerdasan emosi (penggunaan emosi) dan kepuasaan perkahwinan (r = 0.10*, p <0.05). Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan aspek penggunaan emosi dalam perhubungan perkahwinan. Dapatan ini memberikan panduan kepada profesion menolong seperti kaunselor dan pekerja sosial dalam membantu mengendalikan klien yang berkahwin. Pengkaji juga telah memberikan cadangan bagi membantu pengkaji pada masa akan datang dalam menyelidik aspek emosi dan kepuasan perkahwinan.

Item Type:Article
Keywords:Kepuasan perkahwinan, kecerdasan emosi, pandemik dan Malaysia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21496
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:12
Last Modified:05 May 2023 03:09

Repository Staff Only: item control page