Hubungan aspirasi Belia Melayu terhadap penglibatan belia dalam politik di kawasan pinggir bandar Terengganu

Azrie Azeh, and Marzudi Md Yunus, and Mohammad Tawfik Yaakob, (2023) Hubungan aspirasi Belia Melayu terhadap penglibatan belia dalam politik di kawasan pinggir bandar Terengganu. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 127-141. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
469kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Belia ialah aset dan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Mereka menjadi penentu kepada kemajuan negara. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk memahami kehendak dan aspirasi belia terhadap pemimpin negara dan hubung kaitnya dengan penglibatan politik mereka. Dalam kajian ini, kekuatan hubungan aspirasi belia dalam mendorong keterlibatan mereka dalam politik akan dinilai. Kaedah kuantitatif melalui soal-selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan 455 orang responden berusia dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 39 tahun, daripada pelbagai latar belakang. Lokasi kajian ini ialah di daerah Marang, Terengganu. Analisis frekuensi kajian ini mendapati, aspirasi belia kepada kerajaan sangat tinggi, dan kecenderungan politik mereka pula sangat positif. Korelasi antara aspirasi belia dengan penglibatan politik mereka adalah signifikan dan positif, dengan nilai .513**, iaitu pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa, parti-parti yang bertanding dan mengutamakan aspirasi belia akan lebih diutamakan oleh golongan belia untuk diundi. Sebaliknya, parti-parti yang gagal memenuhi aspirasi golongan belia akan ditolak oleh golongan belia. Kegagalan memenuhi aspirasi belia turut menjadi faktor kekalahan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia selama 60 tahun. Kesimpulan daripada dapatan kajian ini, golongan belia akan menolak parti yang tidak memberi manfaat kepada mereka dan mereka akan menyokong parti-parti dan pemimpin yang dipercayai akan memenuhi aspirasi mereka. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, wujud faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pembabitan politik golongan belia, terutama sekali di kawasan pinggir bandar. Oleh itu, satu kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan dalam penyelidikan akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Pinggir bandar; Aspirasi belia; Politik dan pemimpin
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21497
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:13
Last Modified:05 May 2023 01:20

Repository Staff Only: item control page