Hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental dalam kalangan bekas banduan di Malaysia

Mohd Suhaimi Mohamad, and Divaghar Voothayakumar, and Mohamad Rahim Kamaluddin, and Fauziah Ibrahim, and Manisah Mohd Ali, and Kausalya Devi Sathoo, (2023) Hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental dalam kalangan bekas banduan di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 303-311. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
377kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Masalah kesihatan mental bekas banduan didapati semakin meningkat dan membimbangkan sehingga menjejaskan keberkesanan pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam masyarakat. Kertas ini bertujuan untuk melihat sama ada wujudnya hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental bekas banduan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah survei ke atas 250 orang responden. Dua instrumen digunakan dalam borang soal selidik iaitu Ujian Skala Depression, Anxiety dan Stress (DASS21) bagi mengukur tahap kesihatan mental bekas banduan dan Ujian Personaliti Zuckerman-Kuhlman-40-Cross Culture (ZKPQ-M-40-CC) bagi mengenalpasti 5 domain personaliti bekas banduan iaitu Activity, Sociability, Aggresiveness-hostility, Impulsive Sensation Seeking dan Neuroticism-anxiety. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang positif yang signifikan di antara kelima-lima jenis personaliti dengan tahap kemurungan, kebimbangan dan stres dalam kalangan bekas banduan. Intervensi kesihatan mental yang khusus perlu diberikan kepada banduan sebelum dan selepas mereka dibebaskan. Ini sangat penting dalam memastikan peluang pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam masyarakat adalah berkesan apabila masalah kesihatan mental dapat dicegah dan dirawat sebelum ianya menjadi semakin teruk.

Item Type:Article
Keywords:Personaliti; Kesihatan mental; Kemurungan; Kebimbangan; Stres; Bekas banduan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21498
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:14
Last Modified:05 May 2023 03:02

Repository Staff Only: item control page