Hubungan sebagai asas coming out: kajian fenomenologi LGB dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia

Tan, Wan Cheng and Salina Nen, and Chong, Sheau Tsuey and Nasrudin Subhi, and Muhammad Ajib Abd Razak, (2023) Hubungan sebagai asas coming out: kajian fenomenologi LGB dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 378-391. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
594kB

Abstract

Coming out individu lesbian, gay dan biseksual (LGB) sering digambarkan dalam naratif Barat sebagai pengalaman individu yang ingin kebebasan. Namun, naratif ini dilihat sebagai kurang praktikal atau relevan bagi sesetengah individu LGB dalam masyarakat kolektivistik. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman coming out individu LGB di Malaysia, dari segi motivasi, strategi komunikasi dan faktor perbezaan individu. Temu bual semi berstruktur dijalankan ke atas lima (5) orang peserta berbangsa Cina. Analisis tematik menunjukkan bahawa hubungan menjadi asas untuk coming out iaitu adanya perasaan selamat dan kerapatan, wujud kejujuran dan setia dalam hubungan, bagi mendapatkan sokongan dan bimbingan serta coming out keluarga dalam keadaan khusus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa coming out dalam masyarakat kolektivistik seringnya bukan mengenai ekspresi kendiri, tetapi sebagai proses yang berterusan untuk menguruskan kepelbagaian identiti dan persilangan budaya. Hasil kajian ini membantu bergerak daripada ton mono-budaya dalam kajian LGBT lepas yang dilakukan di negara Barat dan mencadangkan hala tuju baru untuk kajian masa depan tentang pengalaman LGB di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Coming out; LGB; Identiti seksual; Homeseksual; Masyarakat Cina; Malaysia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21499
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:16
Last Modified:05 May 2023 03:09

Repository Staff Only: item control page