Hubungan stesen kerja ergonomik dan stres pekerjaan dalam kalangan pekerja klinik kesihatan

Nesha Guruvasagam, and Mohd Nasir Selamat, and Pugnesvary Vijayaragavan, and Hashwin Ramanujan, and Arvind Nair, (2023) Hubungan stesen kerja ergonomik dan stres pekerjaan dalam kalangan pekerja klinik kesihatan. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 312-321. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
455kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Stres pekerjaan dalam organisasi merupakan isu yang perlu diberi keutamaan. Tinjauan literatur menunjukkan faktor - faktor stesen kerja ergonomik boleh menyebabkan stres dalam kalangan pekerja. Keadaan yang berterusan akan memberi impak negatif kepada pekerja seperti kekerapan ketidakhadiran bekerja, konflik dalam diri, kemalangan pekerjaan dan seterusnya memberi kesan ke atas prestasi. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara stesen kerja ergonomik dengan stres pekerjaan. Seramai 117 orang pekerja kesihatan daripada klinik kesihatan telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berlapis. Borang soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data kajian yang meliputi faktor stesen kerja ergonomik iaitu manusia, ruang dan persekitaran sebagai pembolehubah bebas dan stres pekerjaan sebagai pembolehubah bersandar. Kajian mendapati tahap kesedaran aspek ergonomik di tempat kerja berada pada tahap sederhana rendah. Dapatan juga menunjukkan faktor manusia mempunyai hubungan yang positif dan sederhana serta signifkan terhadap stesen kerja (r=0.668 n=117 p=0.000). Manakala analisis regresi berganda yang dilakukan, membuktikan bahawa faktor manusia dan ruang kerja mempunyai hubungan yang signifikan terhadap stres pekerjaan. Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini membuktikan bahawa aspek stesen kerja ergonomik perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak organisasi bagi memastikan sumber manusia berada dalam keadaan sihat, berdaya saing dan produktif.

Item Type:Article
Keywords:Stres pekerjaan; Stesen kerja ergonomik; Faktor manusia; Sumber manusia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21500
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:16
Last Modified:05 May 2023 03:04

Repository Staff Only: item control page