Menangani penyakit berjangkit di Malaysia sebelum penguatkuasaan akta 342

Wan Nur Izzati Wan Bahari, and Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, (2023) Menangani penyakit berjangkit di Malaysia sebelum penguatkuasaan akta 342. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 74-89. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
528kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Diskusi artikel ini mengetengahkan inisiatif yang digerakkan pihak kerajaan dalam menangani penyakit berjangkit di Malaysia sejak era tradisional. Perkembangan pengurusan pentadbiran, pengawalan serta kaedah menangani penyakit berjangkit di Malaysia mula berubah daripada konvensional kepada moden, dengan kehadiran pihak kolonial khususnya semasa era penjajahan British. Transisi sektor kesihatan yang berlaku di Tanah Melayu adalah berpunca daripada perubahan ekosistem yang berlaku kesan daripada aktiviti ekonomi. Sehubungan itu, muncul pelbagai jenis penyakit berjangkit baru. Masalah penyakit berjangkit yang semakin membarah di Tanah Melayu telah mendesak pihak kolonial untuk mencari solusi bagi memastikan produktiviti buruh tidak terjejas teruk, lantas membolehkan kegiatan ekonomi dapat berjalan seperti sedia kala. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana peranan pihak kerajaan mengambil langkah serius menangani penyakit berjangkit di Malaysia sebelum penguatkuasaan Akta 342. Diskusi artikel mengguna pakai metodologi sejarah, bersifat kualitatif deskriptif dan analitikal, memfokuskan tema-tema khusus. Kajian mengguna pakai sumber primer dan sekunder, seperti fail-fail sekretariat negeri, fail Tanah Jajahan Britain (C.O. 273 & C.O. 1022), laporan-laporan tahunan KKM, akhbar, buku serta artikel. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah menangani penyakit berjangkit di Malaysia adalah rentetan daripada peninggalan yang diwarisi dari era penjajahan British. Kaedah kuarantin, sistem perparitan, aliran air bersih serta suntikan vaksin yang diperkenalkan British telah menampakkan satu keberkesanan yang lebih maksima dalam mengekang dan merawat penyakit berjangkit. Manakala bagi tempoh selepas merdeka pula, usaha terhadap pengurusan dan pengawalan penyakit berjangkit menampakkan keberkesanan dengan adanya program-program seperti Program Malaria Kebangsaan, Program Tibi Kebangsaan dan Program Kusta Kebangsaan.

Item Type:Article
Keywords:Kuarantin; Vaksin; Malaria; Tibi; Kusta
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21501
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:17
Last Modified:05 May 2023 01:14

Repository Staff Only: item control page