Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15: pola sokongan pengundi berdasarkan faktor kewilayahan

Junaidi Awang Besar, (2023) Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15: pola sokongan pengundi berdasarkan faktor kewilayahan. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 168-180. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
662kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pilihan Raya Umum Malaysia ke 15 (PRU-15) telah berlangsung pada 19 November 2022 dengan baik dan jayanya. PRU kali ini diadakan lebih awal setahun berbanding tempoh matang 5 tahun pada 16 Julai 2023 iaitu tarikh angkat sumpah ahli Parlimen bagi penggal ke-14. Keputusan PRU-15 tersebut menunjukkan terdapatnya pola sokongan pengundi berdasarkan lokasi geografi tertentu. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pola sokongan pengundi berdasarkan faktor kewilayahan. Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2022, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa PH terus menguasai wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia serta di Sabah serta Sarawak di kawasan bandar dan separa bandar campuran etnik dan majoriti Cina, PN menguasai wilayah Pantai Timur dan Utara serta sebahagian kecil di Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia di kawasan luar bandar majoriti Melayu iaitu di zon Semenanjung Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur serta Pahang Tengah; Utara Semenanjung iaitu Perlis dan Kedah serta Pulau Pinang Seberang Prai Utara dan Tengah, Perak Utara, Perak Tengah; sebahagian Barat Semenanjung iaitu Utara Selangor dan Barat Selangor serta Barat Melaka dan Selatan Melaka manakala BN kekal berkuasa di kawasan luar bandar tengah Semenanjung Malaysia namun dengan jumlah kerusi yang menyusut. Justeru, pengaruh kewilayahan turut mempengaruhi pola pengundian dan perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk melaksanakan strategi kempen bagi mendapat sokongan daripada pengundi di kewilayahan berkenaan.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya umum; pola pengundian; Kewilayahan; Parlimen; Kestabilan politik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21506
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:20
Last Modified:05 May 2023 01:32

Repository Staff Only: item control page