Cabaran penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua

Irina Riyanti Muhammad Nur, and Khadijah Alavi, and Nazirah Hassan, and Nur Hasna Che Had, and Mohd Shakir Zufayri Shuhaimi, (2023) Cabaran penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 267-279. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
509kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Sokongan dan bantuan kewangan daripada anak dewasa adalah sangat penting dalam kelangsungan kehidupan warga emas. Dalam hal ini, penjawat awam turut perlu memikul tanggungjawab menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. Namun demikian, mereka telah berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan nafkah tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan informan seramai sembilan orang penjawat awam gred 11 hingga 52 terdiri daripada kaum Melayu dan beragama Islam. Pengumpulan data adalah melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan nota lapangan. Lokasi kajian di beberapa kementerian dan jabatan yang melibatkan sembilan orang informan dalam kalangan penjawat awam. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua iaitu cabaran ekonomi (kos pendidikan anak, kos sara hidup dan perancangan kewangan keluarga) dan cabaran sosial (masalah kesihatan, jangkaan harapan ibu bapa dan keluarga serta kekangan pasangan). Kesimpulan kajian mendapati bahawa setiap cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam selaraskan dengan langkah-langkah intervensi yang lebih komprehensif daripada segi dasar, pelaksanaan dan bantuan serta sokongan untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh menjejaskan produktiviti penjawat awam pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Penyediaan nafkah; Penjawat awam; Ibu bapa tua
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21510
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:22
Last Modified:05 May 2023 01:58

Repository Staff Only: item control page