Cabaran penyedia perkhidmatan peneman mobiliti warga emas dalam aspek sumber manusia

Nur Hasna Che Had, and Khadijah Alavi, and Noremy Md Akhir, and Irina Riyanti Muhammad Nur, and Mohd Shakir Zufayri Shuhaimi, (2023) Cabaran penyedia perkhidmatan peneman mobiliti warga emas dalam aspek sumber manusia. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 280-292. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
552kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Warga emas mengalami penurunan keupayaan mobiliti luar rumah akibat masalah kesihatan dan kurang sokongan keluarga akibat perubahan corak ekonomi. Industri peneman dapat mengisi masalah ini dengan menawarkan perkhidmatan peneman mobiliti. Walaubagaimanapun industri ini berhadapan dengan cabaran sumber manusia yang boleh merencatkan perkembangan corak pernigaan ini. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran penyedia perkhidmatan peneman mobiliti berbayar warga emas dalam aspek sumber manusia. Rekabentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian di sekitar Lembah Klang ini melibatkan tujuh orang informan yang terdiri daripada pengasas dan operator peneman. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua cabaran dihadapi oleh penyedia perkhidmatan yang melibatkan isu-isu pekerja dan profession peneman iaitu kekurangan operator peneman, sukar merekrut pekerja, persekitaran kerja gig, isu kemahiran dan disiplin pekerja, risiko keselamatan dan imej profesion yang dipandang rendah. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa industri sokongan warga emas seperti peneman mengalami kekangan serius dalam mendapatkan sumber manusia yang mencukupi disamping isuisu lain. Implikasi kajian ini dapat membantu kerajaan dalam mengukuhkan dasar dan polisi sedia ada dalam memastikan bekalan sumber manusia yang mencukupi dan berkemahiran dalam bidang sokongan penjagaan warga emas jangka masa panjang.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran sumber manusia; Peneman mobiliti; Penyedia perkhidmatan; Penjagaan; Warga emas
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21511
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:22
Last Modified:05 May 2023 02:00

Repository Staff Only: item control page