Faktor yang mempengaruhi gaya hidup sihat remaja generasi Z di Malaysia

Jamiah Manap, and Nor Jana Saim, and Arena Che Kasim, and Norul Huda Sarnon, and Noordeyana Tambi, and Aizan Sofia Amin, and Salasiah Hanin Hamjah, and Salina Nen, (2023) Faktor yang mempengaruhi gaya hidup sihat remaja generasi Z di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 259-266. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
438kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Gaya hidup sihat menyumbang kepada kesihatan dan kualiti hidup remaja. Remaja merupakan fasa kemuncak kekuatan fizikal manusia. Hal ini mengakibatkan sebahagian remaja tidak peka terhadap kesihatan diri mereka terutamanya dalam aspek gaya hidup sihat. Sehubungan itu, kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian kuantitatif untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja Generasi Z di Malaysia. Responden terdiri daripada 960 orang remaja yang berusia di antara 13-21 tahun. Analisis korelasi dan regrasi pelbagai digunakan untuk mengenalpasti hubungan di antara gaya hidup sihat dengan faktor demografi, literasi kesihatan dan kekerapan menggunakan media. Kajian mendapati, terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup sihat remaja Generasi Z dengan umur bapa, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, tahap literasi kesihatan, kekerapan membaca akhbar, kekerapan pembacaan buku ilmiah dan penggunaan internet. Dalam pada itu, terdapat dua faktor utama yang menyumbang secara positif terhadap gaya hidup sihat remaja iaitu literasi kesihatan dan tahap pendidikan bapa. Sehubungan itu, kempen literasi kesihatan dan promosi gaya sihat melalui pelbagai program dan media sewajarnya dipergiatkan untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja. Kajan ini memberi implikasi terhadap situasi amalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja bagi pembentukan program kesihatan komuniti.

Item Type:Article
Keywords:Gaya hidup sihat; Generasi Z; Remaja; Pendidikan kesihatan; Keibubapaan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21513
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:23
Last Modified:05 May 2023 01:48

Repository Staff Only: item control page