Mohd Zaimi Zainuri, and Rusyda Helma Mohd, (2023) Faktor-faktor penentu dan kecenderungan kepada kemalangan di tempat kerja dalam kalangan Pasukan Narkotik Polis Diraja Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 364-377. ISSN 1823-884x
|
PDF
533kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan mengkaji faktor penentu dan kecenderungan kepada kemalangan di tempat kerja dalam kalangan pasukan narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Maka kajian ini dilaksanakan dengan tujuan mengenalpasti faktor yang menentukan dan kecenderungan kepada kemalangan yang melibatkan pasukan narkotik PDRM. Metodologi kajian secara kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrumen kajian telah dijalankan ke atas seramai 259 orang responden yang terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota narkotik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Berdasarkan kepada hasil kajian yangdiperoleh, tahap kecenderungan kepada kemalangan di tempat kerja dalam kalangan pasukan narkotik PDRM adalah di tahap tinggi. Faktor tingkah laku adalah dominan dalam kecenderungan kepada kemalangan di tempat kerja. Program Latihan perlu disediakan dan dikendalikan oleh mereka yang mahir dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jabatan khas berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu diwujudkan di peringkat dalaman PDRM bagi memastikan tahap keselamatan dan professional yang tinggi dalam pasukan PDRM.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Safety at work; Accident at work; Royal Malaysian Police; Safety training at work |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 21514 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 03 May 2023 04:24 |
Last Modified: | 05 May 2023 03:08 |
Repository Staff Only: item control page