Pembangunan industi halal: kajian perbandingan prosedur dan proses pensijilan halal dan pengauditan serta cabaran dihadapi oleh Malaysia dan Thailand

Farihah Maisarah Sofian, and Mohd Rafizey Dalin, and Maysarah Madzen, and Nik Adam Hasyyim N. Shahbana, and Shannen Lovenia Kamal Singh, and Husna Husnul Khotimah Syafie, and Mohd Nor Shahizan Ali, and Siti Farhannie Mohd Adenan, (2023) Pembangunan industi halal: kajian perbandingan prosedur dan proses pensijilan halal dan pengauditan serta cabaran dihadapi oleh Malaysia dan Thailand. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 208-227. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
614kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Industri dan pasaran produk halal di peringkat global semakin menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan selari dengan peningkatan jumlah umat Islam di dunia. Ini menyebabkan peningkatan permintaan terhadap produk seperti makanan, kosmetik, perubatan dan bahan gunaan halal. Berdasarkan kepada potensi ini, Malaysia dan Thailand telah mula mengorak langkah untuk menjadi negara hab halal dunia. Oleh itu, sudah pasti kedua-dua buah negara ini akan memastikan pensijilan halal mengikut konsep halalan thoyyiban yang bersifat komprehensif dan universal. Artikel ini bertujuan untuk membandingkan aspek prosedur dan proses protokol pensijilan halal dan pengauditan serta cabaran yang dihadapi dalam usaha membangunkan industri halal di kedua-dua buah negara. Metod yang digunakan adalah menggunakan reka bentuk kualitatif yang merangkumi temubual bersemuka bersama pihak-pihak terlibat dan analisis dokumen daripada sumber jurnal, website dan internet. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa, walaupun mempunyai latar belakang agama, kependudukan dan sosio-ekonomi yang berbeza, kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Thailand masih berpegang kepada konsep halalan thoyyiban yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Dari segi proses dan prosedur, Malaysia menguruskan pensijilan halal mengikut skim yang berbeza manakala di Thailand hanya mengguna pakai satu proses untuk semua produk. Selain itu, di Malaysia, permohonan boleh dilakukan secara online, manakala Thailand masih menggunakan sistem manual. Dari segi cabaran yang dihadapi pula, kedua-dua negara menghadapi isu yang hampir sama iaitu i) tiada akta halal yang jelas, ii) aktiviti penyeludupan yang masih berleluasa, iii) ketidakmampuan pemasaran efisien, iv) kurangnya pemahaman orang awam dan, v) sikap degil peniaga dan pengusaha mematuhi prosedur.

Item Type:Article
Keywords:Industri halal; Pensijilan halal; Hub-Halal; Malaysia; Thailand
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21516
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:25
Last Modified:05 May 2023 01:39

Repository Staff Only: item control page