Penerokaan pengalaman mangsa sindir badan dalam kalangan remaja di Selangor

Neevia Johnson, and Norulhuda Sarnon @ Kusenin, and Nurul Husna Mansor, and Khairul Hamimah Mohammad Jodi, (2023) Penerokaan pengalaman mangsa sindir badan dalam kalangan remaja di Selangor. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 424-439. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
551kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Sindir badan merupakan suatu isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat. Sindir badan boleh menyebabkan pelbagai kesan terhadap kesejahteraan mental dan psikologi kepada seseorang. Mangsa sindir badan berisiko menghadapi kemurungan, kehilangan daya tahan, kekurangan keyakinan diri, isolasi, kecelaruan makanan serta meningkatkan risiko bunuh diri khususnya dalam kalangan remaja. Makalah ini bertujuan untuk meneroka pengalaman mangsa sindir badan dalam kalangan remaja di Selangor. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam semi-struktur. Seramai enam orang informan yang terdiri daripada mangsa sindir badan telah dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan dan teknik bola salji. Analisis tematik terhadap verbatim temu bual informan membentuk dua tema pengalaman iaitu: 1. Penerimaan diri yang pelbagai; penerimaan diri yang negatif dan ketidaksempurnaan yang sempurna; dan 2. Timbal-balik dalam perhubungan; orang yang signifikan tidak menghormati dirinya dan dua sisi perhubungan di media sosial. Kajian ini mencadangkan setiap individu perlu peka terhadap kesan sindir badan dan pihak-pihak yang berkaitan mesti meningkatkan kesedaran dan memberikan sokongan secara holistik dalam membantu meningkatkan kesejahteraan hidup remaja dengan menyediakan intervensi yang sesuai bagi mengatasi isu sindir badan dan masalah imej badan yang berkaitan.

Item Type:Article
Keywords:Sindir badan; Imej badan; Remaja; Kajian kualitatif; Malaysia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21518
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:28
Last Modified:05 May 2023 03:19

Repository Staff Only: item control page