Pengaruh media sosial terhadap perubahan tingkah laku kecelaruan pemakanan dan imej badan sebelum dan sewaktu penularan wabak Covid-19 terhadap pelajar wanita pengajian tinggi di Selangor

Nor Aisyah Noorazman, and Hilwa Abdullah @ Mohd Nor, (2023) Pengaruh media sosial terhadap perubahan tingkah laku kecelaruan pemakanan dan imej badan sebelum dan sewaktu penularan wabak Covid-19 terhadap pelajar wanita pengajian tinggi di Selangor. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 249-258. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
324kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Media sosial adalah salah satu medium komunikasi yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Apabila berlakunya penularan wabak Covid-19, kebergantungan kepada media sosial menjadi tinggi terutamanya bagi menjalani kehidupan seharian. Pengenalan kepada kawalan pergerakan dan perintah berkurung menjadikan media sosial sebagai medium perhubungan utama antara seorang individu dengan individu yang lain. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi melihat perkaitan antara media sosial dengan ketidakpuasan imej badan dan perubahan tingkah laku kecelaruan pemakanan sebelum dan sewaktu penularan wabak Covid-19 terutamanya dalam kalangan pelajar wanita institusi pengajian tinggi di Selangor. Kajian dijalankan melibatkan 172 orang responden wanita yang berumur 19 hingga 24 tahun dan sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia di Selangor. Metod kajian yang digunakan adalah menggunakan jenis persampelan bukan kebarangkalian dengan menggunakan kaedah persampelan mudah dan kaedah bola salji bagi mengedarkan soal selidik secara atas talian. Hasil kajian mendapati bahawa hampir tiada hubungan yang signifikan bagi media sosial dan ketidakpuasan imej badan dengan media sosial dan perubahan tingkah laku kecelaruan pemakanan. Perbandingan data primier dan data sekunder juga mempunyai sedikit perbezaan dapat kajian iaitu hampir tiada hubungan signifikan bagi data primier dan hubungan signifikan yang lemah bagi data sekunder. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu memberi kesedaran dan membuka mata masyarakat tentang pengaruh media sosial terhadap ketidakpuasan imej badan dan perubahan gaya pemakanan jika ia tidak dibendung.

Item Type:Article
Keywords:Media Sosial; Tingkah Laku Kecelaruan Pemakanan; Imej Badan; Covid-19
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21519
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:28
Last Modified:03 May 2023 04:28

Repository Staff Only: item control page