Pengetahuan HIV/AIDS dan faktor keterlibatan dalam hubungan romantik serta ketertarikan seks sesama jantina: kajian kes dalam kalangan mahasiswa gay

Nazmi N., and Ezarina Zakaria, and Norulhuda Sarnon @ Kusenin, (2023) Pengetahuan HIV/AIDS dan faktor keterlibatan dalam hubungan romantik serta ketertarikan seks sesama jantina: kajian kes dalam kalangan mahasiswa gay. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 228-241. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
500kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka pengetahuan mahasiswa tentang risiko jangkitan HIV/AIDS, faktor keterlibatan dalam hubungan romantik dan ketertarikan seks sesama jantina. Masih kurang kajian yang memberi tumpuan kepada amalan hubungan romantik dan ketertarikan seks sesama jantina serta kesedaran mahasiswa tentang HIV/AIDS impak daripada tingkah laku seks berisiko ini. Banyak kajian terdahulu lebih menumpu kepada faktor keterlibatan dalam hubungan romantik dan ketertarikan seks sesama jantina tanpa mengaitkannya dengan kesedaran mahasiswa gay terhadap jangkitan HIV. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes dan direkabentuk bersesuaian kaedah kajian kualitatif. Seramai empat informan dalam kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang membuat pengakuan identiti gay telah terlibat dalam kajian ini. Pemilihan informan adalah menggunakan teknik Persampelan Snow Ball. Pengumpulan data telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan medium Google Meet. Semua informan ditemubual dalam talian secara konferen video. Data temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil analisis menunjukkan terdapat empat faktor risiko keterlibatan mahasiswa dalam hubungan romantik dan tingkah laku seksual sesama jantina iaitu (i) pengalaman menjadi mangsa gangguan seksual semasa kecil, (ii) faktor naluri semulajadi, (iii) pengaruh rakan/komuniti berisiko gay dan (iv) pengaruh negatif daripada media sosial dan internet. Informan juga mempunyai pengetahuan asas tentang risiko jangkitan HIV. Walau bagaimanapun, kesemua informan percaya tingkah laku mereka mempunyai risiko rendah dan tidak mudah untuk dijangkiti HIV. Salah faham tentang risiko jangkitan HIV bagi seks tidak selamat dan seks luar tabi’ dipercayai mendorong amalan hubungan seks sesama jantina dilakukan tanpa rasa takut dan menurunnya keprihatinan kepada seks selamat dalam kalangan mahasiswa gay. Kajian mencadangkan salah faham tentang risiko jangkitan HIV sebagai faktor baharu penyebab amalan seks sesama jantina yang berterusan dalam kalangan informan yang dikaji. Intervensi perlu dibentuk bersesuaian faktor risiko hubungan romantik dan tingkah laku seksual sesama jantina agar ia dapat dibendung daripada menular dalam kalangan mahasiswa gay.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan HIV/AIDS; Hubungan romantik sesama jantina; Ketertarikan seks sesama jantina; Faktor risiko keterlibatan; Mahasiswa Gay
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21520
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:29
Last Modified:05 May 2023 01:40

Repository Staff Only: item control page