Nurul Adibah Zulkiple, and Janudin Sardi, and Fauzi Azmi, (2023) Tahap penguasaan kemahiran mendengar Bahasa Arab mahasiswa tajaan Negeri Selangor di Markaz Bahasa Sheikh Zayed Kaherah Mesir. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 90-98. ISSN 1823-884x
|
PDF
341kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada tahap penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab mahasiswa tajaan Negeri Selangor yang belajar di Universiti al-Azhar Kaherah, Mesir dan melibatkan 76 orang responden. Pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif melalui ujian diagnostik kemahiran mendengar bahasa Arab dan instrumen soal selidik. Bagi analisis data, pengkaji telah menggunakan SPSS Versi 26.0. Berdasarkan dapatan kajian, tahap penguasaan mahasiswa tajaan Negeri Selangor dalam ujian kemahiran mendengar bahasa Arab adalah pada tahap Jayyid Jiddan (sangat baik), dan pada skor min tahap tinggi. Pengkaji juga mendapati faktor pengetahuan asas bahasa mahasiswa merupakan bentuk kelemahan yang memberikan skor min pada tahap tinggi. Hasil kajian juga mendapati majoriti mahasiswa sangat bersetuju bahawa dengan menguasai kemahiran mendengar, mahasiswa akan dapat memperbaiki kemahirankemahiran yang lain. Kajian ini penting untuk kepada mahasiswa Malaysia khususnya mahasiswa tajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan mutu pencapaian bahasa Arab dan mendapat keputusan lebih baik bagi tahap penguasaan kemahiran mendengar. Selain itu, hasil kajian juga diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan terutamanya jabatan pendidikan dan penaja seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, dan pihak pentadbiran untuk membantu mengurangkan risiko mahasiswa gagaldalam ujian Imtihan Qabul di Markaz Bahasa Sheikh Zayed Kaherah, Mesir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kemahiran mendengar; Bahasa Arab; Imtihan Qabul; Markaz Bahasa Sheikh Zayed Kaherah Mesir; Mahasiswa tajaan |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 21524 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 03 May 2023 04:30 |
Last Modified: | 05 May 2023 01:15 |
Repository Staff Only: item control page