Tahap tekanan emosi dan sokongan sosial dalam kalangan ibu bapa semasa pandemik COVID-19

Ainur Syahira Johari, and Nur Saadah Mohamad Aun, (2023) Tahap tekanan emosi dan sokongan sosial dalam kalangan ibu bapa semasa pandemik COVID-19. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 339-349. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
442kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Masyarakat terpaksa menghadapi perubahan norma kehidupan lebih-lebih lagi dari segi sosial sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pandemik bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tekanan emosi dan sokongan sosial kesan daripada perubahan norma kehidupan masyarakat semasa pandemik COVID-19 lebihlebih lagi dalam kalangan ibu bapa. Dalam kajian ini, kaedah reka bentuk kuantitatif digunakan dengan menggunakan teknik keratan lintang. Seramai 89 orang responden dalam kalangan ibu bapa mahasiswa Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjawab soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu demografi, tahap tekanan dan sokongan sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa menghadapi tahap tekanan yang sederhana secara keseluruhannya. Ibu bapa juga menerima sokongan sosial dari pasangan, keluarga dan rakan-rakan. Hasil kajian turut mendapati, terdapatnya hubungan yang signifikan antara tahap tekanan emosi dan sokongan sosial. Oleh yang demikian, pengkaji menyimpulkan bahawa sokongan sosial yang tinggi dari keluarga membantu mengekalkan tahap tekanan pada tahap sederhana dalam kalangan ibu bapa semasa tempoh pandemik COVID-19.

Item Type:Article
Keywords:Tekanan emosi; Sokongan sosial; Ibu bapa; Pandemik; COVID-19
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21525
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:30
Last Modified:05 May 2023 03:06

Repository Staff Only: item control page