Wacana raja dan rakyat: pola komunikasi di media sosial

Siti Sarah Nurul Liyana Abu Hasan, and Mohamad Fauzi Sukimi, (2023) Wacana raja dan rakyat: pola komunikasi di media sosial. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (1). pp. 191-207. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
632kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Artikel ini mengupas bagaimana penggunaan media sosial sebagai media massa menghasilkan pertembungan tafsiran antara keterikatan feudalisme dan kebebasan demokrasi sekali gus mempengaruhi bentuk komunikasi antara raja dan rakyat. Dengan menggunakan teori culturalist, satu kajian kes pada laman media sosial milik Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dilakukan bertujuan untuk mendiskripsi pola mesej dan simbolik yang dimuat naik oleh KDYMM Tunku Azizah dengan menggunakan pendekatan authority-defined, serta maklum balas masyarakat menerusi perspektif everyday-defined mereka. Data-data daripada media sosial dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif, iaitu, teknik emik dan etik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat konflik pada isi kandungan berbentuk sosiopolitik, manakala komunikasi pada isi kandungan berbentuk sosioekonomi dan sosiobudaya adalah harmoni. Hasil kajian juga mendapati bahawa bentuk komunikasi di media sosial adalah komunikasi dua hala yang merangkumi komunikasi secara langsung dan tidak langsung. Daripada segi emperikal, kajian menyumbang kepada penemuan bentuk baharu komunikasi antara kerabat diraja dan rakyat seiring dengan perubahan zaman. Kajian juga mengembangkan lagi teori culturalist apabila membuktikan bahawa penerima mesej bukan sahaja aktif dan mampu membina tafsiran sendiri, malah mampu mempengaruhi pemberi mesej. Kajian juga membuktikan kajian kualitatif analisis kandungan media sosial memberikan data lebih tulen kerana ia tidak dipengaruhi oleh pengkaji serta berlaku dalam persekitaran dan masa sebenar. Kajian ini juga mengisi kelompongan dalam wacana ilmu dengan menambah pandangan sosiologi media dalam timbunan kajian-kajian kesultanan Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Wacana; Raja; Rakyat; Pola komunikasi; Media social
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21527
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 May 2023 04:31
Last Modified:05 May 2023 01:33

Repository Staff Only: item control page