Penaksiran risiko sel bahan api oksida pepejal (SOFC)-menggunakan rangkaian Bayesan

Muthieah Mulliyatdi, and Darman Nordin, and Nurzailyn Shamsuddin, and Masli Irwan Rosli, and Zamira Hasanah Zamzuri, (2023) Penaksiran risiko sel bahan api oksida pepejal (SOFC)-menggunakan rangkaian Bayesan. Sains Malaysiana, 52 (1). pp. 245-260. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
590kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Tenaga boleh baharu menjadi tumpuan dunia sebagai sumber tenaga alternatif bagi penggantian penggunaan tenaga petroleum. Tenaga boleh baharu yang mendapat perhatian adalah penggunaan sel bahan api oksida pepejal (SOFC) kerana tenaga ini mempunyai pelepasan karbon yang minimum di samping kelestarian tenaga yang bersih. Walau bagaimanapun, penggunaan SOFC dalam penjanaan tenaga elektrik adalah terhad kerana terdapat risiko dari segi suhu, pelepasan bahan kimia, serta kaedah penyimpanan tenaga penjanaan yang mampu memberi kesan kemusnahan serta kemalangan yang membawa kepada gangguan terhadap pengendalian operasi dan keadaan sekeliling. Oleh itu, penaksiran risiko memainkan peranan penting dalam memastikan pengoperasian keseluruhan sistem berada dalam keadaan selamat melalui pendekatan keselamatan berdasarkan kepada data yang didapati secara langsung atau data kemalangan terdahulu. Penyelidikan ini mengkaji senario yang membawa kepada kemusnahan melalui kaedah pemetaan Bayesan menggunakan program perisian sumber terbuka, GeNie dalam mengenal pasti risiko terhadap operasi. Keadaan operasi pada suhu tinggi dikenal pasti sebagai punca utama yang menyumbang kepada risiko. Kemerosotan sebanyak 76% sehingga 90% boleh berlaku sekiranya suhu operasi melebihi suhu optimum bersama kemerosotan parameter utama operasi.

Item Type:Article
Keywords:Degradasi; Kerosakan; Penaksiran risiko; Sel bahan api oksida pepejal
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:21550
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:09 May 2023 04:43
Last Modified:09 May 2023 04:43

Repository Staff Only: item control page