Mohd Izwan Abdul Adziz, and Khoo, Kok Siong (2023) Penentuan kepekatan keradioaktifan radionuklid semula jadi dan indeks bahaya sinaran pada musim hujan dari tanah di kawasan sekitar kemudahan simpanan jangka panjang (LTSF) Bukit Kledang, Perak. Sains Malaysiana, 52 (1). pp. 271-280. ISSN 0126-6039
|
PDF
392kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html
Abstract
Kajian dan pemantauan yang dilakukan terhadap taburan dan penentuan aktiviti keradioaktifan radionuklid semula jadi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta amat berguna terutamanya ketika berlakunya dedahan sinaran yang tinggi dan tidak terancang daripada sumber antropogenik dan kemalangan nuklear global. Sampel tanah permukaan dari 12 lokasi yang telah dikenal pasti di sekitar kawasan kemudahan repositori telah diambil untuk dijalankan kajian analisis penentuan kepekatan keradioaktifan dan indeks bahaya sinaran. Pengukuran kepekatan radioaktif dalam sampel tanah dilakukan dengan menggunakan sistem pembilangan spektrometer gama yang dilengkapi dengan pengesan High Purity Germanium (HPGe). Keputusan yang diperoleh menunjukkan kepekatan radioaktiviti 238U adalah berjulat antara 17.83 - 31.80 Bq kg-1, 234Th adalah berjulat antara 23.18 - 40.64 Bq kg-1, 226Ra adalah berjulat antara 20.09 -32.80 Bq kg-1, 228Ra adalah berjulat antara 21.20 - 38.88 Bq kg-1 dan 40K adalah berjulat antara 9.11 - 51.39 Bq kg-1 dengan nilai purata masing-masing adalah 21.45 Bq kg-1, 28.17 Bq kg-1, 24.00 Bq kg-1, 27.43 Bq kg-1 dan 24.01 Bq kg-1. Nilai kepekatan radioaktiviti radionuklid tersebut didapati setara dengan nilai yang pernah dilaporkan dalam kajian terdahulu di Semenanjung Malaysia. Nilai purata yang diperoleh bagi keempat-empat parameter Indeks Bahaya Radiasi iaitu aktiviti bersamaan radium (Raeq), kadar dos luaran (D), dos berkesan tahunan dan indeks bahaya luaran (Hex) masing-masing adalah 66.37 Bq kg-1, 29.13 nGy j-1, 20.16 μSv dan 0.18. Nilai yang diperoleh ini adalah rendah berbanding nilai purata dunia dan nilai piawaian yang diguna pakai secara global iaitu masing-masing adalah 370 Bq kg-1, 57nGy j-1, 480.00 μSv dan 1.0. Perbandingan dengan kajian sebelum ini juga mendapati nilai bagi keempat-empat parameter adalah rendah dan setara. Ini menunjukkan tahap bahaya radiasi di kawasan sekitar kajian adalah selamat untuk orang ramai.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahan radioaktif semula jadi; Kemudahan repositori; Musim hujan; Spektrometer gama; Tanah |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 21552 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 09 May 2023 04:57 |
Last Modified: | 10 May 2023 06:40 |
Repository Staff Only: item control page