Pandemik Covid-19, norma baharu dan cabaran wartawan berita kesihatan di Malaysia

Rohana Amdan, and Fadli Abdullah, and Md Azalanshah Md Syed, (2022) Pandemik Covid-19, norma baharu dan cabaran wartawan berita kesihatan di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (4). pp. 43-61. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
748kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1570

Abstract

Pandemik Covid-19 telah mengubah rutin kehidupan manusia kepada suatu norma yang baharu. Perubahan tersebut mencetuskan pelbagai implikasi dan perselisihan pandangan dari sudut agama, sosial, peradaban, profesionalisme, dan hak asasi sejagat. Industri media dan kerjaya kewartawanan tidak terkecuali malahan turut menerima tempias kekangan ekonomi, pengurangan kakitangan sehingga membawa kepada penutupan agensi berita. Pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu yang diperkenalkan telah disesuaikan dengan norma semasa yang akhirnya membawa kepada perubahan bilik berita dan rutin kerja wartawan. Kajian ini berbentuk penerokaan yang meneliti kerjaya wartawan berita kesihatan di Malaysia menyesuaikan aspek profesionalisme, norma kerja dan teknologi mereka ketika bertugas dalam situasi pandemik. Berdasarkan temu bual mendalam dengan wartawan, sub-editor dan editor berita kesihatan dari pelbagai agensi berita, kajian ini mendapati bahawa mereka mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan keadaan semasa serta menanam norma fleksibiliti tanpa membelakangkan etika profesional. Dalam masa yang singkat, wartawan berita kesihatan dilihat mampu untuk bertindak dengan mengatur kerja secara jarak jauh atau dari rumah, perjumpaan dengan sumber berita secara dalam talian dan memperkukuhkan struktur bilik berita digital menerusi komunikasi maya dan aplikasi media sosial. Wartawan berita kesihatan di Malaysia juga dilihat mempunyai aspirasi dan jati diri yang tinggi dalam kerjaya mereka dengan meletakkan keutamaan kepada tanggungjawab sosial berbanding kebimbangan peribadi terhadap virus Covid-19.

Item Type:Article
Keywords:Norma baharu; Cabaran; Covid-19; Wartawan berita kesihatan; Budaya bilik berita
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:21559
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 May 2023 01:05
Last Modified:16 May 2023 02:10

Repository Staff Only: item control page