Pembangunan model kewarganegaraan digital Islami berdasarkan Metode Fuzzy Delphi

Muhamad Faisal Ashaari, and Nor Faizah Ismail, and Rosmawati Mohamad Rasit Zulkefli Aini, and Zulkefli Aini, (2022) Pembangunan model kewarganegaraan digital Islami berdasarkan Metode Fuzzy Delphi. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (4). pp. 97-117. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
453kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1570

Abstract

Kewarganegaraan digital merujuk kepada keterikatan warga dalam talian dengan undang-undang dan peraturan supaya dapat mengguna teknologi komunikasi secara bertanggungjawab dan selamat. Ia boleh dimantapkan lagi dengan prinsip Islam dalam penggunaan media siber yang mempunyai falsafah dan perundangan yang universal. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model Kewarganegaraan Digital Islami berdasarkan kepada kesepakatan pakar yang diadaptasi dari model Kewarganegaraan Digital Ribble yang mengandungi 9 elemen iaitu etika digital, komunikasi digital, hak dan tanggungjawab digital, literasi digital, akses digital, undang-undang digital, kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan, dan perdagangan digital. Dari sembilan elemen ini, kajian ini mengubahsuai dua elemen iaitu dari etika digital kepada akhlak digital dan dari literasi digital kepada literasi digital dan maklumat untuk disesuaikan dengan model Kewarganegaraan Digital Islami. Kajian ini menggunakan metode Fuzzy Delphi untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap elemen model Kewarganegaraan Digital Islami. Data dikumpulkan menerusi set soalan Fuzzy dari 12 orang pakar dalam bidang media dan komunikasi Islam, media dan perundangan siber, kepenggunaan digital dan siber, syariah dan pengurusan fatwa, dan digital penyiaran Islam. Dapatan kajian ini menunjukkan, semua pakar bersetuju dengan keseluruhan elemen Kewarganegaraan Digital Islami yang dibangunkan dengan nilai threshold (d) kurang daripada 0.2, peratus konsensus melebihi 75%, dan nilai defuzification melebihi 0.5. Artikel ini membincangkan setiap satu elemen dari perspektif Islam yang membangunkan model Kewarganegaraan Digital Islami.

Item Type:Article
Keywords:Kewarganegaraan digital Islami; Pembangunan; Model; Fuzzy Delphi; Pandangan pakar
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:21562
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 May 2023 02:15
Last Modified:16 May 2023 02:26

Repository Staff Only: item control page