Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen mediasi pengasuhan dan gaya keibubapaan terhadap pengasuhan digital

Dayangku Egawaty Awang Yusof, and Chang, Peng Kee and Mohd Azul Mohamad Salleh, and Chan, Rachel Suet Kay (2022) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen mediasi pengasuhan dan gaya keibubapaan terhadap pengasuhan digital. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (4). pp. 137-162. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
922kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1570

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk tujuan penilaian soal selidik kajian. Kesemua item dibina berdasarkan teori dan tinjauan literatur yang telah diperolehi dari dalam dan luar negara. Hasil kajian ini telah menghasilkan tujuh dimensi penting dalam melaksanakan pengasuhan digital ke atas perkembangan kanak-kanak menerusi dimensi mediasi aktif, mediasi sekatan, penggunaan bersama, membimbing, autoritarian, autoritatif dan permisif. Seramai tiga orang pakar telah terlibat sebagai penilai kesahan luaran, kesahan muka, dan kesahan kandungan. Hasil kebolehpercayaan instrumen kajian ini diukur dengan menggunakan kaedah ketekalan dalaman Cronbach’s Alpha yang berada antara 0.7 dan 0.9. Manakala, kaedah pengukuran kuantitatif menerusi analisis awal dilakukan dengan menggunakan ujian Kaiser-Mayer Olkin (KMO) dan Bartlett’s Test of Sphericity bagi menilai item-item tersebut sama ada perlu dikekalkan atau digugurkan. Pendekatan ini membenarkan penyingkiran item yang tidak mengikut syarat diagnosis yang telah dilakukan. Hasil analisis terakhir menunjukkan bahawa sebanyak 8 daripada 70 item telah digugurkan dan item selebihnya iaitu 62 item dikenal pasti sesuai untuk digunakan bagi mengukur dua konstruk iaitu mediasi pengasuhan dan gaya keibubapaan terhadap pengasuhan digital. Kajian rintis pula telah dilaksanakan terhadap 38 orang responden. Mereka terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak seawal usia enam bulan hingga lima tahun di Taska dan Tadika Al-Fateh Sinar Genius, Putrajaya. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua item yang dibina telah memenuhi ciri-ciri pengukuran sesebuah instrumen dan boleh digunakan sebagai alat untuk mengukur dalam pelaksanaan mediasi pengasuhan dan gaya keibubapaan terhadap pengasuhan digital ke atas perkembangan kanak-kanak.

Item Type:Article
Keywords:Kesahan dan kebolehpercayaan; Instrumen; Pengasuhan digital; Mediasi pengasuhan; Gaya keibubapaan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:21565
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 May 2023 02:34
Last Modified:16 May 2023 02:32

Repository Staff Only: item control page