Analisis naratif remaja melayu dalam filmografi terpilih Ahmad Idham

Badrul Redzuan Abu Hassan, and Wan Amizah Wan Mahmud, and Bambang Suhartono Mohd Said, (2022) Analisis naratif remaja melayu dalam filmografi terpilih Ahmad Idham. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (4). pp. 214-230. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
780kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1570

Abstract

Artikel ini membincangkan perspektif pengarah Ahmad Idham dalam merekayasa keremajaan generasi Melayu sebagai golongan yang terperangkap dengan keindahan, kepalsuan dan kemaksiatan dalam arus kemodenan negara ini. Ahmad Idham mengilustrasikan naratif kebobrokan generasi ini dengan mencapai kejayaan ‘pecah panggung’ yang silih berganti. Ini menimbulkan perspektif yang menstereotaip beliau sebagai hedonis tanpa ajaran Islam dan akhlak keMelayuan. Tujuan makalah ini meneroka dengan lebih dalam sejauh manakah ambivalen filmografi Ahmad Idham dalam konteks representasi isu-isu remaja Melayu kontemporari. Apakah terdapat suatu falsafah yang dipegang oleh pengarah ini? Bertolak dari kerangka representasi budaya, kajian ini akan memfokuskan empat buah filem arahan Ahmad Idham sebagai sampel kajian Syurga Cinta (2009), Aku Masih Dara (2010), Adnan Sempit (2010) dan 8 Jam (2012) menggunakan kaedah analisis tekstual dan kaedah temu bual mendalam. Hasil dapatan utama menuntaskan naratif popular dan picisan beliau dijulang oleh khalayak majoriti Melayu, Ahmad Idham sebenarnya membongkarkan strategi psikologi terbalik yang diterapkan ke atas filmografi terpilihnya kerana ia mahu mendorong falsafah realis sosialis menjadi benteng dan gagasan sosio-religi sinematik yang bernilai kepada masyarakat dan negara. Implikasi dari keputusan memilih untuk menyantuni kemelut sosial remaja Melayu Islam di negara ini dapat dijadikan petunjuk betapa kefalsafahan Ahmad Idham sebagai seorang pengarah berfahaman realis sosial adalah jelas.

Item Type:Article
Keywords:Ahmad Idham; Box office; Cultural representation; Social realism; Malay youth
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:21569
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 May 2023 05:10
Last Modified:16 May 2023 03:32

Repository Staff Only: item control page