Muhammad Adnan Pitchan, and Mohamad Adli Baco, and Fauziah Hassan, and Akmar Hayati Ahmad Ghazali, (2022) Pengetahuan, sikap, amalan terhadap privasi maklumat & keselamatan pembelian barangan dalam talian oleh golongan belia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (4). pp. 250-267. ISSN 0128-1496
|
PDF
958kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1570
Abstract
Kemunculan media baharu telah membuka peluang dan ruang kepada golongan belia untuk menjalankan urus niaga melalui dalam talian. Kini, urusan pembelian dalam talian telah menjadi salah satu aktiviti wajib bagi pengguna Internet kerana ianya menjimatkan masa dan tenaga seseorang individu. Walaupun, teknologi moden ini memberi pelbagai manfaat tetapi dari sudut yang lain ianya boleh memberi ancaman kepada pengguna Internet terutama golongan belia seperti menjadi mangsa penipuan dalam talian. Isu penipuan pembelian barangan dalam talian semakin hari semakin membimbangkan. Ianya semakin terjadi apabila negara menghadapi pandemik Covid-19 yang mana penggunaan e-dagang semakin meningkat dalam kalangan rakyat. Satu usaha holistik perlu dilakukan bagi melihat, menangani dan membendung isu-isu pembelian barangan dalam talian di kalangan belia. Dalam konteks ini, ilmu pengetahuan dan amalan pengguna amat penting agar mereka tidak menjadi mangsa jenayah siber. Oleh itu, kajian ini berobjektif untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan golongan belia terhadap privasi maklumat dan keselamatan pembelian barangan dalam talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana seramai 400 responden di Klang, Selangor telah menjawab soal selidik mengenai isu pembelian dalan talian ini. Hasil kajian mendapati, isu privasi dan keselamatan maklumat mempengaruhi sikap dan amalan golongan belia ketika membuat pembelian dalam talian. Hal ini membuktikan bahawa golongan belia yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kesedaran mampu melindungi mereka daripada menjadi mangsa jenayah siber dan seterusnya mampu mendepani risiko-risiko pembelian dalam talian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan; Amalan; sikap; Pembelian dalam talian; Belia |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 21571 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 15 May 2023 06:31 |
Last Modified: | 16 May 2023 03:52 |
Repository Staff Only: item control page