Mohd Sufian Ismail, and Anida Sarudin, (2023) Sorotan literatur bersistematik : interpretasi partikel wacana “lah” dalam ujaran masyarakat Malaysia. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 23 (1). pp. 261-290. ISSN 1675-8021
|
PDF
2MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1578
Abstract
Partikel “lah” dalam aspek wacana merupakan kata penegas yang mempunyai pelbagai peranan dalam ujaran. Istilah partikel wacana digunakan bagi menggambarkan wujudnya interpretasi pragmatik menerusi penggunaan dalam konteks tertentu. Pelbagai tafsiran partikel wacana "lah" hasil daripada kajian sedia ada bukan sahaja memberi input berkaitan strukturnya, malah turut menimbulkan kekeliruan berkaitan penggunaannya. Sejajar dengan itu, keperluan kajian bagi menyusun dapatan kajian lepas wajar dilaksanakan bagi mensistesis penggunaan partikel wacana ini dari sudut liputan perbahasan bentuknya dan juga fungsinya. Metodologi kajian ini yang merupakan kajian Sorotan Literatur Bersistematik adalah berasaskan standard PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta Analysis). Tiga pangkalan data utama telah digunakan, iaitu Scopus, Dimensions dan Google Scholar. Kajian ini menggunakan analisis tematik dengan bantuan perisian ATLAS.ti 23. Berdasarkan analisis yang dijalankan, 102 interpretasi partikel wacana “lah” telah dikodkan. Selain itu, tiga tema utama, iaitu Pihak penutur, Identiti sosial dan Fungsi genre dapat dihasilkan bagi mewakili setiap interpretasi. Berdasarkan kajian literatur bersistematik ini, pengkaji dapat mengenal pasti perbincangan teoretikal berkaitan dengan bentuk dan fungsi "lah" yang dapat menjelaskan peranan partikel ini dalam ujaran komunikatif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sorotan literatur bersistematik; Partikel wacana; Interpretasi; Ujaran komunikatif; Analisis tematik |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 21598 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 16 May 2023 02:08 |
Last Modified: | 19 May 2023 08:56 |
Repository Staff Only: item control page