Peminjaman perkataan sanskrit dalam Bahasa Melayu : penelitian dari sudut makna

Mohamad NorTaufiq Nor Hashim, and Aniswal Abd Ghani, (2023) Peminjaman perkataan sanskrit dalam Bahasa Melayu : penelitian dari sudut makna. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 23 (1). pp. 244-260. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1578

Abstract

Kajian ini meneliti sejumlah perkataan pinjaman Sanskrit terpilih dalam bahasa Melayu yang berfokus pada aspek makna. Penelitian pada makna dalam kajian ini merangkumi dua jenis perubahan, iaitu penyempitan dan peluasan makna. Pendekatan etimologi yang telah digagaskan oleh Collins (2003) diaplikasikan dalam kajian ini. Data kajian diperoleh daripada kamus yang dihasilkan oleh Winstedt (1959) yang bertajuk An Unabridged Malay-English Dictionary. Sebanyak 605 kosa kata Sanskrit yang telah dikenal pasti wujud dalam bahasa Melayu. Namun, kajian ini akan menganalisis tujuh data perkataan terpilih sahaja. Penentuan data yang merangkumi aspek agama dan kepercayaan adalah dibuat berdasarkan penilaian ke atas makna yang tercatat dalam kamus. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peminjaman perkataan daripada bahasa Sanskrit telah menyebabkan berlakunya penyempitan dan peluasan makna. Penyempitan dan peluasan makna pada beberapa perkataan terpilih terjadi setelah berlakunya perubahan kepercayaan masyarakat Melayu, iaitu daripada Hindu-Buddha kepada Islam. Hasil penelitian, penyebaran agama Islam bukan sahaja menyumbang kepada pertambahan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu tetapi turut mempengaruhi makna perkataan pinjaman Sanskrit disebabkan berlakunya percanggahan dari sudut nilai kepercayaan dan ajaran antara Islam dan Hindu-Buddha.

Item Type:Article
Keywords:Kata pinjaman; Makna; Bahasa Sanskrit; Bahasa Melayu; Agama dan kepercayaan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:21600
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:16 May 2023 07:55
Last Modified:19 May 2023 08:59

Repository Staff Only: item control page