Ramalan kesesuaian habitat rusa sambar (Rusa unicolor) di Kompleks Hutan Utama Taman Negara dan sekitarnya

Nur Fatin Khodri, and Tukimat Lihan, and Muzneena Ahmad Mustapha, and Taherah Mohd Taher, and Nurul Atikah Tajul Ariffin, and Nur Izzati Abdullah, and Nurul Darsani Amat Darbis, and Shukor Md Nor, Ramalan kesesuaian habitat rusa sambar (Rusa unicolor) di Kompleks Hutan Utama Taman Negara dan sekitarnya. Sains Malaysiana, 52 (2). pp. 333-342. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Populasi rusa sambar (Rusa unicolor) mengalami penurunan dan dikategorikan sebagai rentan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli pada tahun 2014. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti faktor sekitaran yang mempengaruhi kesesuaian habitat rusa sambar, yang terdiri daripada kecerunan, ketinggian, guna tanah, jarak daripada bandar, jarak daripada sungai dan litologi dianalisis menggunakan sistem maklumat geografi (GIS). Data kehadiran rusa sambar dari tahun 1992-2008 diintegrasikan dengan faktor sekitaran menggunakan model entropi maksimum untuk mengenal pasti habitat yang sesuai bagi rusa sambar di kompleks hutan utama Taman Negara. Hasil kajian ini menunjukkan jarak dari sungai menyumbang peratusan paling tinggi dalam model kesesuaian habitat iaitu 47.7%. Manakala jarak dari bandar, jenis guna tanah, ketinggian, kecerunan dan litologi menyumbang sebanyak 21.8%, 16.1%, 7.2%, 6.7% dan 0.4%. Habitat yang sesuai bagi rusa sambar meliputi 37% daripada keseluruhan kawasan kajian (2,218,389 hektar). Kajian penentuan potensi habitat rusa sambar yang sesuai di kompleks hutan utama Taman Negara penting untuk pengurusan hidupan liar seperti aktiviti pelepasan semula.

Item Type:Article
Keywords:Entropi maksimum; Kesesuaian habitat; Rusa sambar; Sistem maklumat geografi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:21605
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:22 May 2023 07:17
Last Modified:22 May 2023 07:17

Repository Staff Only: item control page