Pemendapan sedimen dan proses 210Pb di Lembangan Melayu dan Selat Melaka

Mohamad Arif Che Abd Rahim, and Liu, Shengfa and Shi, Xuefa and Che Abd Rahim Mohamed, (2023) Pemendapan sedimen dan proses 210Pb di Lembangan Melayu dan Selat Melaka. Sains Malaysiana, 52 (2). pp. 381-398. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
851kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Sebanyak dua teras sedimen diperoleh dari Lembangan Melayu dan Selat Melaka bagi mengenal pasti pemendapan sedimen serta proses 210Pb di Lembangan Melayu dan Selat Melaka. Di kawasan kajian, purata aktiviti 210Pb adalah sebanyak 111.47 ± 15.01 Bq/kg dan 126.38 ± 16.8 Bq/kg di stesen M17 dan M43 dengan perbezaan antara stesen adalah sebanyak 10%. Kedua-dua stesen menerima input yang berlainan melalui saluran air ke arah kawasan persampelan, menyebabkan peningkatan kandungan 210Pb di dalam sedimen. Proses hidrologi yang dikawal melalui perbezaan temporal turut mempengaruhi proses fizikal dan secara tidak langsung, mempengaruhi proses sedimentasi. Proses hidrologi melalui perbezaan temporal yang mempengaruhi proses fizikal dan kemudiannya mempengaruhi kadar proses pemendapan. Memandangkan sistem monsun mempengaruhi daya kitaran hidrologi, mekanisme timbal-balik kesan saiz butiran terhadap 210Pb telah berubah berikutan pengaruh arus monsun bersama dengan lempung sebagai pembawa utama yang menonjol untuk teras sedimen, sekali gus mempunyai kesan serta-merta pada pemendapan sedimen. Di samping itu, inventori dan fluks Lembangan Melayu dan Selat Melaka menunjukkan kesan monsun juga menyumbang kepada perubahan inventori dan fluks 210Pb di Lembangan Melayu dan Selat Melaka apabila daya kitaran hidrologi mengubah keupayaan kesan penggarutan 210Pb di sekitar perantaraan sedimen dan air laut.

Item Type:Article
Keywords:Lembangan Melayu; Pemendapan sedimen; Proses endapan; Selat Melaka; 210Pb
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:21609
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:22 May 2023 07:52
Last Modified:24 May 2023 10:35

Repository Staff Only: item control page