Tee, Christine Mei Quin and Muhammad Afwan Aidil Abdul Jamil, and Nurul Aqilah Mohd Zaini, and Mohamad Yusof Maskat, (2023) Kesan penyahpahitan menggunakan asid terhadap ciri jus peria (Momordica charantia). Sains Malaysiana, 52 (2). pp. 477-485. ISSN 0126-6039
|
PDF
255kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan jenis dan kepekatan asid terhadap ciri fizikokimia dan sensori jus peria semasa penyahpahitan. Sembilan perlakuan telah dikaji yang terdiri daripada kawalan dan lapan gabungan perlakuan menggunakan dua jenis asid iaitu asid askorbik dan asid sitrik dengan 0.1 M asid telah ditambah kepada jus peria pada 1.64, 3.23, 4.76 dan 6.67% (v/v). Parameter yang diukur adalah pH, kekeruhan, kandungan vitamin C, aktiviti antioksidan (2,2-difenil-1-pikrilhidrazil) dan kandungan jumlah polifenol. Penilaian sensori juga dijalankan. Keputusan menunjukkan penurunan nilai pH, manakala kekeruhan meningkat dengan peningkatan kepekatan asid. Pencampuran asid sitrik kepada jus peria telah menurunkan nilai pH dan meningkatkan kekeruhan jus dengan signifikan berbanding dengan asid askorbik (p<0.05). Penambahan asid sitrik juga menurunkan aktiviti antioksidan jus peria secara signifikan (p<0.05). Penambahan asid askorbik pula meningkatkan kandungan vitamin C dan kandungan jumlah polifenol jus peria secara signifikan (p<0.05). Penerimaan keseluruhan bagi jus peria yang telah dicampur dengan asid sitrik lebih tinggi (p<0.05) ) berbanding jus yang dicampur dengan asid askorbik melainkan untuk sampel dengan penambahan 3.23% dan 6.67% asid askorbik. Pencampuran asid sitrik juga telah meningkatkan penerimaan kepahitan secara signifikan (p<0.05). Kesimpulannya, kajian menunjukkan asid sitrik lebih sesuai digunakan berbanding asid askorbik untuk penyahpahitan jus peria.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Fizikokimia; Penyahpahitan; Peria; Sensori |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 21615 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 23 May 2023 02:20 |
Last Modified: | 23 May 2023 02:20 |
Repository Staff Only: item control page