Rohaizah Muhamad, and Noordeyana Tambi, (2023) Corak perbelanjaan dan pemilikan aset dalam kalangan penjawat awam. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (1). pp. 119-132. ISSN 2180-2491
|
PDF
491kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1582
Abstract
Pemilikan aset dapat memberi pelbagai manfaat kepada pemilik dan melambangkan pencapaian diri seseorang serta seisi rumah. Walau bagaimanapun, pemilikan aset sinonim dengan penambahan peningkatan hutang seisi rumah khususnya dalam kalangan penjawat awam sekiranya corak perbelanjaan tidak diuruskan dengan sistematik. Maka, matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis pemilikan aset dalam kalangan penjawat awam dan mengkaji elemen kewangan iaitu pengetahuan kewangan, sikap kewangan dan sumber kewangan dalam perbelanjaan terhadap aset-aset yang dimiliki. Seterusnya, mengkaji corak perbelanjaan penjawat awam dalam memiliki aset sama ada untuk memenuhi keperluan fisiologi dan sosiologi atau kemahuan dan kehendak. Elemen kewangan dan corak perbelanjaan dalam pemilikan aset diukur untuk melihat dengan lebih jelas hubungan di antara kedua-dua pembolehubah ini. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 396 orang responden yang terdiri daripada penjawat awam di Putrajaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa penjawat awam mengutamakan keperluan asas sebelum memenuhi keperluan yang lain sekaligus menepati Teori Hierarki Keperluan Manusia Maslow (1943) yang menafsirkan keperluan asas manusia perlu dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Secara keseluruhan, melalui ujian korelasi yang dijalankan, elemen kewangan mempunyai hubungan yang signifikan dengan corak perbelanjaan dalam memiliki aset seisi rumah. Implikasi kajian ini dapat menjelaskan corak perbelanjaan dalam pemilikan aset seisi rumah dalam kalangan penjawat awam khususnya dalam pengurusan ekonomi keluarga.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aset; Corak perbelanjaan; Pengetahuan kewangan; Sikap kewangan; Sumber kewangan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 21631 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 24 May 2023 07:16 |
Last Modified: | 25 May 2023 06:17 |
Repository Staff Only: item control page