Perubahan guna tanah paya bakau di Malaysia: satu ulasan sistematik

Nurul Najwa Rosli, and Nuriah Abd Majid, and Siti Norsakinah Selamat, (2023) Perubahan guna tanah paya bakau di Malaysia: satu ulasan sistematik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (1). pp. 61-79. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
619kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1582

Abstract

Paya bakau merupakan sebuah sumber ekologi yang berharga. Ekosistem paya bakau memainkan peranan penting dalam membekalkan sumber kayu, habitat untuk pelbagai spesies, tapak pengumpulan mendapan, karbon dan nutrien, memberi perlindungan dari hakisan, bertindak sebagai zon penampan, menstabilkan garis pantai dan tebing sungai. Hal ini telah mengakibatkan pelbagai peringkat pengubahsuaian dalam guna tanah paya bakau untuk memenuhi keperluan manusia. Pelbagai penyelidikan dan artikel telah dijalankan di seluruh dunia mengenai perubahan penggunaan tanah hutan paya bakau tropika dengan penggunaan teknologi penderiaan jauh dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Objektif kajian ini adalah untuk meneliti keberkesanan teknologi penderiaan jauh dan GIS dalam penentuan perubahan guna tanah di kawasan paya bakau. Kajian ini merumuskan hasil kajian paya bakau dengan menggunakan GIS secara spesifikasinya dalam negara Malaysia dari tahun 2001 sehingga 2021. Ulasan yang sistematik adalah kaedah analisis hasil proses dan sumber dari Google Scholar (n=125), Scopus (n=10), Web of Science (WoS) (n=9). Penemuan menunjukkan satelit penderiaan jauh dan GIS merupakan aplikasi yang telah digunakan secara meluas dalam kajian hutan paya bakau dalam beberapa tahun kebelakangan dan menyumbang kepada kajian pemantauan perubahan guna tanah di kawasan hutan paya bakau. Penemuan juga mendedahkan parameter untuk guna tanah dan indeks vegetasi yang telah digunakan dalam isu semasa perubahan guna tanah paya bakau di kawasan tropika. Kajian ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ke 14 yang berfokus kepada pemuliharaan dan perlindungan terhadap lautan dan pantai secara mampan dan mengiktiraf nilai bakau dalam kalangan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:GIS; Guna tanah; Malaysia; Paya bakau; Penderiaan jauh
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:21637
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:24 May 2023 07:17
Last Modified:25 May 2023 06:12

Repository Staff Only: item control page