Tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan landskap dan kemudahan di Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Mohd Edzuan Abdullah Sani, and Zaini Sakawi, and Rosniza Aznie Che Rose, (2023) Tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan landskap dan kemudahan di Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (1). pp. 241-257. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
553kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1582

Abstract

Pengurusan landskap merupakan aspek penting bagi memastikan landskap berada dalam keadaan baik disamping mewujudkan kesejahteraan awam sejajar dengan tujuan asal pembangunannya. Perlaksanaan pengurusan landskap yang terancang dapat meningkatkan kualiti kawasan rekreasi dan dalam masa yang sama memastikan keharmonian masyarakat terpelihara. Pengurusan landskap yang baik dan berkualiti akan mempengaruhi kunjungan dan tahap kepuasan pengunjung. Walau bagaimanapun, pengurusan landskap di negara kita masih lagi tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Objektif kajian ini iaitu mengenal pasti profil kedatangan pengunjung, menganalisis tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan landskap dan kemudahan yang diberikan oleh pihak PPj dan mencadangkan langkah penambahbaikan terhadap pengurusan landskap di tamantaman awam Putrajaya. Kaedah kajian yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual tidak rasmi dan borang soal selidik diedarkan kepada 152 orang responden. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif frekuensi seperti kekerapan, peratusan dan min. melalui perisian Statistical Package for Sosial Sciences. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek, perlaksanaan dan pengurusan penyelenggaraan landskap di kawasan kajian berada di tahap sederhana dan perlu diperbaiki untuk mencapai tahap kelestarian yang lebih baik. Beberapa cadangan penambahbaikan seperti penambahan papan tanda informasi yang mencukupi, surau, kiosk makanan, vending machine, alatan senaman, tempat letak kereta penambahbaikan terhadap perabot taman dan elemen landskap kejur dan elemen landskap lembut di sekitar kawasan kajian. Ini penting untuk memastikan matlamat asal penubuhan taman rekreasi awam sebagai kawasan riadah serta untuk kesejahteraan hidup masyarakat dapat dicapai.

Item Type:Article
Keywords:Kepuasan; Landskap; Pengunjung; Pengurusan landskap; Taman
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:21641
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:24 May 2023 07:18
Last Modified:25 May 2023 06:28

Repository Staff Only: item control page