Gregory Kiyai @ Keai, (2023) Lupong manang: analisis koleksi muzium Sarawak dalam amalan manang Iban di Sarawak. Jurnal Arkeologi Malaysia, 36 (1). pp. 29-44. ISSN 0128-0732
|
PDF
725kB |
Official URL: https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/i...
Abstract
Lupong manang merupakan sebuah kotak kayu yang sangat sakral milik Manang dan mempunyai peranan yang signifikan dalam perubatan dan penyembuhan tradisional Iban iaitu ritual Belian. Namun, amalan Manang semakin dilupakan oleh masyarakat Iban disebabkan oleh faktor agama, globalisasi dan kerelevanan hidup. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis Lupong Manang dalam koleksi Muzium Sarawak untuk melihat asal usul, estetika seni dan rupa serta signifikannya dalam ritual budaya masyarakat Iban dengan menggunakan sebuah Model Fleming (1974). Pendekatan penyelidikan ini adalah bersifat explanatory research melalui kaedah kualitatif. Hasil dapatan mendapati bahawa Lupong Manang mempunyai nilai-nilai yang penting dalam memberikan gambaran bagaimana masyarakat Iban tradisional berpegang teguh kepada hubungan di antara manusia dan alam ghaib. Implikasi penyelidikan ini adalah sebagai sebuah usaha untuk memberikan kefahaman yang kolektif serta mengarkibkan Lupong Manang sebagai kajian budaya masyarakat peribumi di Sarawak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan Iban; Koleksi Muzium Sarawak; Lupong manang; Manang Iban; Ritual Iban |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 21652 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 01 Jun 2023 03:26 |
Last Modified: | 01 Jun 2023 05:19 |
Repository Staff Only: item control page