Awang Sariyan, Pelan tindakan strategik pengantarabangsaan Bahasa Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 10 (3). pp. 1-16. ISSN 2289-1706
|
PDF
347kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-3/
Abstract
Perihal taraf, kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa antarabangsa memang telah menjadi fakta dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu, sejak zaman Sriwijaya pada abad ketujuh Masihi dan memuncak pada zaman Kesultanan Melayu, dalam tempoh beberapa ratus tahun. Namun demikian, dengan kesan penjajahan yang memadamkan sebahagian kegemilangan bahasa Melayu, upaya menggemilangkan semula bahasa Melayu sebagai bahasa dunia memerlukan perancangan yang rapi dan berkesan, meskipun memerlukan tempoh yang panjang dan beransur-ansur. Pada masa ini, bahasa Melayu belum sampai pada tahap bahasa antarabangsa yang dominan sebagaimana halnya dengan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama lebih 45 peratus penduduk 10 buah negara di dunia seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Barbados, Jamaica, Trinidad, Amerika Syarikat, Kanada dan Guyana (Fishman et al. 1977), menjadi bahasa rasmi atau bahasa kedua di Botswana, Cameroon, Fiji, Gambia, Ghana, India, Lesotho, Liberia, Malawai, Malta, Mauritius, Namibia, Nauru, Nigeria, Filipina, Zimbabwe, Sierra Leone, Singapura, Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Tonga, Uganda, Saomoa Barat dan Zambia (Richards 1991). Namun bahasa Melayu mempunyai kedudukannya sendiri dalam perkembangan bahasa-bahasa utama dunia sehingga memang ada keperluan pengajarannya kepada penutur asing meskipun tidak seluas keperluan pengajaran bahasa Inggeris. Fakta mutakhir yang cukup memberangsangkan ialah pernyataan tentang perkembangan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa dunia yang dominan, antaranya seperti pernyataan David Graddol, Pengarah The English Company (UK) Ltd dalam jurnal The Future of Language (27 Februari 2004) bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang amat pesat berkembang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa Melayu; Melayu; Bahasa antarabangsa; Pelan strategik |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 21655 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 02 Jun 2023 14:47 |
Last Modified: | 08 Jun 2023 01:58 |
Repository Staff Only: item control page