Kajian penerokaan posesi jin dalam kalangan pesakit bipolar

Hamidi Abdul Rahman, and Zaharom Ridzwan, and Mohd Rosli Saludin, and Supyan Hussin, Kajian penerokaan posesi jin dalam kalangan pesakit bipolar. International Journal of the Malay World and Civilization, 10 (3). pp. 17-26. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
364kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-3/

Abstract

Kecelaruan mental dan posesi jin mempunyai pertindihan simptom. Pertindihan ini menyebabkan diagnosis yang berbeza oleh ahli kesihatan mental dan perawat posesi jin, dan juga menimbulkan kekeliruan di kalangan pesakit. Kajian penerokaan ini mengkaji tahap posesi jin di kalangan pesakit kecelaruan bipolar. Dua metod diagnosis posesi jin telah dilakukan ke atas 19 subjek kecelaruan bipolar yang beragama Islam. Metod diagnosis pertama memerhatikan reaksi negatif apabila subjek diruqyah untuk menentukan kes-kes positif posesi. Metod diagnosis kedua menggunakan skala posesi jin dengan menghitung skor berdasarkan jumlah muatan simptom-simptom posesi jin yang ada pada subjek. Analisis mendapati sekurang-kurangnya 16 (84.2%) subjek, dan kemungkinan kesemua 19 (100%) subjek mengalami posesi jin. Tahap posesi jin dalam kalangan sampel amat tinggi. Model multi-minda posesi jin boleh menerangkan hubungan di antara kecelaruan bipolar dan posesi jin. Skala posesi jin boleh digunakan untuk diagnosis posesi jin di kalangan pesakit kecelaruan mental hanya dengan menganalisis simptom-simptom yang ada tanpa perlu mempelajari ruqyah. Oleh itu ia boleh digunakan oleh sesiapa tanpa mengira agama, lebih mudah berbanding ruqyah tanpa keperluan perawat ruqyah, dan memberi keputusan diagnosis yang lebih pantas tanpa keperluan sessi ruqyah yang panjang atau yang berkali-kali.

Item Type:Article
Keywords:Kecelaruan bipolar; Kecelaruan mental; Model multi-minda; Posesi jin; Skala posesi jin
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:21658
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Jun 2023 07:11
Last Modified:08 Jun 2023 02:01

Repository Staff Only: item control page