Variasi kata ganti nama diri dalam dialek Melayu, Rompin, Pahang: analisis geolinguistik

Junaini Kasdan, and Nur Afiqah Azmay, and Anis Shahira Shamsuri, (2023) Variasi kata ganti nama diri dalam dialek Melayu, Rompin, Pahang: analisis geolinguistik. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (1). pp. 31-50. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
994kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Dialek Pahang dikatakan sebagai suatu dialek yang rencam dari aspek fonologi, morfologi dan juga penggunaannya. Walau bagaimanapun, kajian lalu hanya membincangkan perbezaan atau keunikan dialek yang digunakan, selain menjelaskan taburan persempadanan dialek mengikut kawasan melalui peta lakaran berdasarkan kaedah impresionistik. Justeru, dengan memberikan tumpuan kepada kata ganti nama (KGN) yang digunakan di daerah Rompin, Pahang, kajian ini bertujuan mengenal pasti varian KGN dialek Melayu Rompin, sekali gus menghasilkan peta koroplet varian KGN di daerah Rompin. Kajian ini dilaksanakan di 15 buah kampung di Rompin dan melibatkan 140 orang responden yang terdiri daripada remaja (15 – 25 tahun), dewasa (26 – 55 tahun) dan warga tua (56 tahun ke atas). Data leksikal yang dikumpulkan melalui kajian lapangan ini dianalisis dengan bantuan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Hasil dapatan menunjukkan bahawa taburan varian leksikal KGN di daerah Rompin dipengaruhi oleh faktor geografi, terutamanya aliran sungai yang mempunyai perkaitan dengan Laluan Penarikan, dan persempadanan; serta faktor sosioekonomi (sistem pendidikan dan kegiatan ekonomi). Peta koroplet yang dihasilkan merupakan peta sebenar yang dapat membantu menjelaskan taburan dialek dengan lebih tepat, sekali gus membuktikan bahawa kesemua varian yang digunakan sangat berkaitan dengan geografi dan sosioekonomi setempat. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan teknologi dan pendekatan multidisiplin. Justeru, hasil kajian ini dapat digunakan untuk tujuan perancangan bandar dan wilayah, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan pelancongan domestik.

Item Type:Article
Keywords:Kata Ganti Nama (KGN); Sistem Maklumat Geografi (GIS); Geolinguistik; Dialek; Bahasa
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:21662
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Jun 2023 07:24
Last Modified:08 Jun 2023 01:44

Repository Staff Only: item control page