Pembangunan sebuah novel sejarah: satu analisis tekstual terhadap Tun Perak Paduka Raja

Mohamed Nazreen Shahul Hamid, and Has Alia Hasnan, and Rohaya Md. Ali, (2023) Pembangunan sebuah novel sejarah: satu analisis tekstual terhadap Tun Perak Paduka Raja. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (1). pp. 51-66. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
498kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Pasaran buku tempatan masa kini bukan sahaja menyaksikan penghasilan novel-novel bersifat romans atau popular sahaja, malah novel-novel sejarah turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pembaca. Di Malaysia, pengarang-pengarang novel sejarah mula mengambil manfaat pentas penulisan sastera sebagai wadah untuk menyampaikan buah fikiran mereka dalam bentuk cereka yang lebih kreatif dan menarik. Antara yang menonjol dalam penulisan novel sejarah di Malaysia ialah Affifudin Omar. Melalui penulisan novel sejarah Tun Perak Paduka Raja (2017), beliau mengangkat kehebatan tokoh sejarah Tun Perak untuk masyarakat kini dengan gaya naratif kontemporari. Namun, timbul persoalan sama ada beliau mengambil kira atau tidak konsep dan ciri-ciri novel sejarah dalam penulisannya agar tidak menyeleweng daripada sejarah sebenar. Bertitik tolak daripada pernyataan tersebut, kajian membincangkan persoalan tersebut berpandukan konsep novel sejarah oleh Georg Lukacs (1962) yang menekankan tiga ciri utama dalam penghasilan novel sejarah, iaitu latar masa dan tempat, peristiwa sejarah yang diungkapkan secara tepat dan bermakna dan akhir sekali tokoh sejarah. Kajian ini dilakukan dengan kaedah analisis tekstual berpandukan konsep dan ciri-ciri novel sejarah tersebut. Kajian mendapati sememangnya novel Tun Perak Paduka Raja oleh Affifudin memenuhi ketiga-tiga ciri tersebut, iaitu latar masa dan tempat, peristiwa sejarah yang diungkapkan secara tepat dan bermakna dan tokoh sejarah dan ini membuatkan ia sebagai karya yang baik dan bermutu. Kajian ini adalah penting dalam memperlihatkan dinamika pemikiran pengarang tempatan dalam usaha mengangkat tokoh sejarah dalam penulisan kesusasteraan demi kelangsungan tamadun bangsa. Kajian ini dapat memberikan implikasi terhadap penghasilan novel sejarah yang lebih berkualiti dalam pasaran buku tempatan pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Novel; Sejarah; Tun Perak Paduka Raja; Affifudin Omar; Lukacs
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:21664
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Jun 2023 07:24
Last Modified:08 Jun 2023 01:45

Repository Staff Only: item control page