Sikap dan persepsi penutur dialek Melayu Satun dalam pengekalan bahasa ibunda

Hayati Lateh, and Mohammad Fadzeli Jaafar, and Chong, Shin (2023) Sikap dan persepsi penutur dialek Melayu Satun dalam pengekalan bahasa ibunda. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (1). pp. 77-88. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
531kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk meneliti sikap dan persepsi penutur Melayu Satun terhadap bahasa ibunda mereka sendiri, iaitu dialek Melayu Satun dan mengaitkan dengan vitaliti bahasa. Data diperoleh melalui soal selidik ke atas 121 orang responden. Responden terdiri daripada tiga golongan umur, iaitu golongan tua, dewasa dan remaja di tiga kampung dari mukim yang berbeza: mukim Che Bilang, mukim Ban Khuan dan mukim Tam Malang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penutur Melayu Satun pada semua peringkat umur bersikap positif terhadap dialek Melayu Satun. Golongan tua bersikap lebih positif berbanding golongan dewasa dan golongan remaja. Manakala sikap dan persepsi terhadap DMS dalam golongan remaja kurang positif. Hal ini akan menyebabkan berlaku peralihan bahasa secara perlahan-lahan kepada bahasa yang lebih dominan iaitu bahasa Thai Standard. Maka usaha dan sokongan daripada semua pihak diperlukan untuk mengekalkan dialek Melayu Satun. Ini kerana kemampuan rakyat yang bertutur dalam dwibahasa dan multi bahasa adalah sebagai aset negara yang menunjukkan sesebuah negara itu kaya dengan warisan, budaya dan bahasa.

Item Type:Article
Keywords:Sikap; Persepsi; Dialek Melayu Satun; Bahasa Thai standard; Vitaliti bahasa; Pengekalan bahasa
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:21668
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Jun 2023 07:25
Last Modified:08 Jun 2023 01:47

Repository Staff Only: item control page