Peranan komunikatif deiksis sosial ‘Bah’ dalam dialek melayu Sabah

Saidatul Nornis Hj. Mahali, and Winddy Kinduo, (2022) Peranan komunikatif deiksis sosial ‘Bah’ dalam dialek melayu Sabah. International Journal of the Malay World and Civilization, 10 (3). pp. 39-50. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
353kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-3/

Abstract

Bahasa dan identiti tidak boleh dipisahkan sebab menerusi bahasa terdapat identiti penutur berkenaan. Bahasa berperanan penting dalam mewujudkan interaksi sesama peserta bahasa. Tidak banyak kajian mengenai penanda identiti dalam Dialek Melayu Sabah (DMS) yang mempertalikan bahasa daripada aspek pragmatik. Terdapat banyak penanda identiti dalam DMS antaranya adalah kata “bah”. Justeru, kertas ini menumpu kepada diskusi pragmatik dari sudut deiksis sosial “bah”. Analisis peranan komunikatif deiksis sosial “bah” yang juga merupakan partikel khas dalam DMS telah dilakukan terhadap guru-guru di SMK Simpangan, menerusi konteks mesyuarat yang dianggotai oleh 49 orang guru. Terdapat lima mesyuarat yang telah dilangsungkan dan direkod untuk tujuan kajian. Lima teks mesyuarat yang dikaji terdiri daripada 26,137 patah perkataan. Teori Deiksis Sosial Huang (2015) digunakan sebagai teori yang mendasari kajian ini. Data dianalisis menggunakan pendekatan korpus, yakni menggunakan perisian AntConc. Hasil analisis mendapati terdapat empat peranan komunikatif deiksis sosial “bah”, yakni berfungsi sebagai persetujuan, penekanan, penegas dan penguat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa DMS mempunyai keunikan tersendiri yang tidak ada dalam dialek-dialek Melayu yang lain bahkan dalam Bahasa Melayu Standard (BMS). Ini kerana, deiksis sosial “bah” adalah partikel khusus milik DMS dan hanya dapat ditafsir dengan baik oleh penutur DMS sahaja kerana penanda identiti berkenaan memiliki nilai dan konteks budaya masyakarat penutur setempat.

Item Type:Article
Keywords:‘Bah’; deiksis sosial; Dialek Melayu Sabah; Identiti penutur; Partikel
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:21684
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 Jun 2023 09:11
Last Modified:08 Jun 2023 02:04

Repository Staff Only: item control page