Penipu, antinomian (Ibahah) dan Psuedo-sufi: suatu upaya menyenaraikan penjahat Spiritual (Miscreants)1, bahagian II

Mohamad Nasrin Nasir, (2022) Penipu, antinomian (Ibahah) dan Psuedo-sufi: suatu upaya menyenaraikan penjahat Spiritual (Miscreants)1, bahagian II. International Journal of the Malay World and Civilization, 10 (3). pp. 51-58. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
310kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-3/

Abstract

Hidup hampir sezaman dengan al-Nasafi adalah Sayyid Jamal al-Din Murtada al-Razi (hidup dalam bahagian pertama abad ke-6/12 masihi), telah buat kali pertamanya menulis sebuah senarai atau katalog yang berasingan yang terkandung di dalamnya kesesatan dikalangan pengikut Sufi. Dalam bab yang ke-16 dalam buku tulisannya yang bertajuk Tabsirat al-‘Awwam fi Ma’rifat Maqalat al-Anam2 telah dikhususkan al-Razi kepada kumpulan-kumpulan yang hidup pada zamannya. Di kalangan ahli Sufi, al-Razi meletakkan 6 sifat keji mereka yang bertepatan dengan kumpulan ittihadiyyah iaitu monis yang mengikut ajaran Hallaj dan Bayazid Bistami. Hallaj merupakan seorang ahli sihir yang mengaku sebagai Tuhan dan menyebarkan ajarannya di Khorasan sementara Bayazid pula mengatakan bahawa Tuhan itu turun ke Bumi pada setiap malam dan memberikannya kemampuan untuk mengeluarkan shatahat-shatahatnya. Kumpulan yang seterusnya adalah ushshaq: iaitu mereka yang mengatakan bahawa tanggungjawab dan tugas-tugas agama yang diberikan Nabi itu menjauhkan diri pelakunya dari Tuhan, oleh itu mereka menolaknya; sebaliknya (menurut mereka) adalah memadai bagi setiap ahli sufi itu membelakangkan dunia dan menyebut atau mengulangi nama-nama Tuhan. Membelakangkan dunia ini akan meninggikan darjat mereka dari darjat Nabi-Nabi. Kumpulan yang ketiga adalah nuriyya: mereka ini mendakwa ada dua hijab yang memisahkan manusia itu dari Tuhan – satu hijab Nurani yang bercahaya iaitu usaha mendapatkan sifat-sifat yang murni dan baik; hijab yang kedua adalah gelap iaitu melibatkan diri dalam dosa-dosa shaitaniyyah. Kumpulan nuriyya juga menekankan bahawa Tuhan itu tidak dapat disembah dengan baik sekiranya dengan niat untuk mendapatkan syurga atau kerana takutkan api neraka. Kumpulan yang keempat adalah wasiliyya iaitu mereka yang mengatakan apabila telah mencapai kebenaran maka mereka dibenarkan untuk meninggalkan solat, zakat, haji dan tanggungjawab yang lain kerana kesemuanya itu hanyalah jalan untuk mencapai matlamat tersebut dan bukannya tanggungjawab yang berkekalan. Kumpulan yang kelima menganggap belajar dan mencari ilmu sebagai haram; kerana ilmu yang sebenar iaitu makrifatullah itu hanyalah boleh dicapai dengan usaha dan perjuangan dalaman (mujahida) dan petunjuk (talqin) para shaikh (Sufi). Mereka ini memakai pakaian Sufi (khirqa) dan sering meletakkan pengikut-pengikut mereka dalam keadaan terpisah dari masyarakat, mengekang mereka dari ajaran agama; mereka ini merupakan kumpulan yang sering bersikap keras terhadap ulamak-ulamak ahlul bayt. Kumpulan yang terakhir adalah kumpulan Sufi yang bersifat “kuat makan” sebagai matlamat utama mereka. Mereka sering mempamerkan khirqa, bejana air dan sejadah iaitu barang-barang yang dibawa ahli Sufi yang sering bermusafir. Mereka kerap bermusafir ke serata tempat dan sering singgah di khanaqah-khanaqah untuk diberi makan dan menyanyi dan menari dalam kegembiraan. Pernah satu ketika seorang Sufi dari Samarkan mendengar bahawa ada khanaqah di Mesir yang pemurah kepada mereka yang bermusafir, terus sahaja beliau bergerak ke sana. Pelahap-pelahap ini boleh dianggap sebagai penaung kepada kumpulan yang bakal datang kemudiannya iaitu kumpulan Qalandar, iaitu suatu istilah yang masih belum dikenali pada zaman tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Penipu, Antinomian,(Ibahah) dan Psuedo-Sufi
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:21685
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 Jun 2023 09:34
Last Modified:08 Jun 2023 02:07

Repository Staff Only: item control page