Ee, Leng Ng and Norfarhan Mohd Assaad, and Herryawan Ryadi Eziwar Dyari, and Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, (2022) Mengenalpasti kepelbagaian spesies hidupan akuatik menggunakan analisis taksonomi di Tasik Ghazali, UKM. Malaysian Applied Biology, 51 (5). pp. 179-185. ISSN 0126-8643
|
PDF
763kB |
Official URL: https://jms.mabjournal.com/index.php/mab/index
Abstract
Kajian mengenai kepelbagaian hidupan akuatik air tawar adalah penting untuk memelihara dan memulihara ekosistem mereka. Pelbagai pembangunan infrastruktur telah dijalankan di sekitar kawasan UKM sejak kebelakangan tahun ini boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem dan kawasan persekitaran tersebut. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti taburan hidupan akuatik di Tasik Ghazali, UKM yang ditangkap menggunakan tiga alatan tangkapan ikan aktif dan pasif. Sebanyak 1,268 sampel hidupan akuatik air tawar berjaya dikumpulkan pada lima aktiviti persampelan yang berbeza. Hasil pencerapan morfologi mengkategorikan hasil tangkapan ini kepada lapan spesies iaitu Poecilia reticulata, Gambusia affinis, Puntius sp., Betta pugnax, Clarias batrachus, Macrobrachium lanchesteri, Macrobrachium malayanum dan Gyraulus sp. Daripada jumlah ini, spesies ikan yang paling banyak ditangkap adalah Puntius sp.(464) manakala Clarias batrachus merupakan spesies ikan yang paling kurang ditangkap (7). Akhir sekali, jumlah tangkapan hidupan akuatik lain adalah Macrobrachium sp. (294) dan Gyraulus sp. (7).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hidupan akuatik air tawar; Kepelbagaian spesies; Analisis taksonomi |
Journal: | Malaysian Applied Biology Journal |
ID Code: | 21707 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 08 Jun 2023 08:22 |
Last Modified: | 08 Jun 2023 08:22 |
Repository Staff Only: item control page